Assalamualaikum..

Sekarang ni dah musim tengkujuh. Biasalah hujung tahun kan.. korang kat luar tu jaga diri and kesihatan leklok. As we know, negara kita baru je pulih dari bencana jerebu. FOC import dari Indonesia. Teruk gila jerebu kali ni. Mana taknya, dalam sebulan sampai 3X kena serang. Tebal pulak tu. Bahaya gila. Keluar sekejap pun tekak dah sakit. Tambah syok lagi mask yg proper tu susah nak dapat. Ada pun just mask yang untuk surgery tu jelah. Boleh la dari takde kan? Tapi tak banyak membantu pun actually. Time tu, hujan jelah harapan semua orang supaya jerebu berkurangan. Ada kes tu, lepas je dari hujan..jerebu makin teruk! Bukan wap air naik tau, ni jerebu. Seriuslah sakit gila tekak, batuk, sakit kepala. Oh my, this is the worst! Lepas je dari bencana jerebu, tibalah musim hujan. Bila dah musim hujan ni of course la jerebu makin hilang.. Alhamdulillah. Now, boleh dikatakan setiap petang hujan. Few negeri dijangka dilanda banjir and Johor is one of the states. Moga Allah lindung!

Oh ya! Btw, for your information.. I'm officially graduate from Universiti Utara Malaysia in Bachelor Human Resources Management with Honors. 26 Oktober 2015, tarikh keramat yang telah ditetapkan pada sesi kelima penganugerahan ijazah sarjana muda. Alhamdulillah, walaupun tak dapat first class tapi dapat duduk sebelah budak first class time terima scroll tu okay. Pemangkin semangat sekejap! Hahaha.. Thank you for those who are support me from the beginning sampai la at the end. Secara langsung atau pun secara tak langsung. Secara disedari atau pun secara tak disedari.

In addition! Sekarang bergelar pelajar sekali lagi. Hehehehh.. Universiti Putra Malaysia pulak. Master in Human Resources Development. :) Actually HR Development ni one of function dari HR Management. So boleh la.. So far, banyak mende lagi kena belajar. Ilmu Allah ni luas.. Set dalam kepala yg setiap hari kena belajar perkara baru even sekecik-kecik perkara. Dah sambung study ni, secara langsung dah benti keje la kat company construction tu. Banyak yg aku belajar kt situ. Dari sekecik-kecik perkara sampai la perkara yg besar. Well, pengalaman kerja kan. Pape pun, hati kena ikhlas, bersih dari segala hasad time buat kerja ni..sebab dari situ la kita dapat rasa rezeki kita dapat tu berkat atau pun sebaliknya. So currently stay kat Apartmen Seri Pinang, Bukit Serdang.

Dila.