Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t

How are you readers..? So far baru nak update blog hari ni. Buat pengetahuan semua aku dah habis internship for Bachelor Human Resource Management (Hons.) pada 02-11-2014 yang lalu. So 05-11-2014 aku gerak p UUM hantar report. 2 minggu sharp aku stay sana. Biasalah rindu punya pasal. Nak peluk-peluk besar sangat! Heheh!! Kebetulan waktu tu pesta konvo. Lagilah seronok. Jumpa kawan-kawan...how I miss them so much!


Lepas 2 minggu kat sana balik le kite ye ===>> Segamat, Johor. Kepulangan kali ini dengan perasaan yang bercampur baur. Salah satunya: Senang ke aku nak dapat kerja nanti? Kerja kat mana? Stay mana? Ingat senang ke nak cari kerja sekarang ni? For me..inilah saat aku membalas jasa family hantar aku belajar. Banyak tenaga, masa, wang ringgit, titik peluh dan sebagainya yang dicurah semata-mata untuk aku HABISKAN BELAJAR! Takkan aku nak persiakan dengan tak kerja kan? Sia-sialah apa yang dorang buat untuk aku.


Aku sampai rumah hari Khamis 20-11-2014 dan rezeki aku agaknya ada kerja kosong kat Vasan Construction Enterprise nak ganti seorang kerani akaun. Isnin 24-11-2014 aku hantar resume. Selasa 25-11-2014 p MAHA International 2014 kat Serdang. Blaa..Blaa..Blaa.. 30-11-2014 which is hari Ahad aku dipanggil interview. And... ALHAMDULILLAH!!! Rezeki milik aku... 01-12-2014 bermula pekerjaan pertama aku sebagai kerani akaun di company tersebut. So far okaylah.. Not so bad. Macam biasa banyak kena belajar.


Oh ya! Pssttttt... FYI, Bintang aku tu dia berkemungkinan sambung master. Good Luck in advance!


Dila...


Bismillahirahmanirahimmmm...
Assalamualaikum w.b.t..


Dia... Dikagumi,
Dikagumi atas kehebatannya,
Semakin lama, semakin bersinar,
Dia semakin digilap,
Semakin dikenali,
Sinarnya umpama bintang di dada langit malam,
Walau jutaan bintang yang berkelip,
Namun bintang itu yang kelihatan benar-benar bersinar,
Nun tinggi tempatnya,
Hingga aku, hanya mampu melihat..
Tidak boleh digapai,
Waima tidak boleh disentuh!
Antara kami punya perbatasan yang menjadi benteng pemisah,
Yang boleh disatukan dengan ikatan.

Mana mungkin dia melihatku!
Berbanding dirinya,
Aku langsung tiada punya kehebatan walau secebis berbandingnya,
Aku sedar..
Lantas, kiriman doa buatnya melalui Dia Yang Maha Kuasa yang mampu aku beri,
Moga iringan doa ini,
Moga di celah-celah doa yang terselit namanya Dia makbulkan.

Sungguh aku bukan insan yang boleh dibanggakan melainkan oleh ibubapaku,
Aku hanya insan biasa-biasa,
Yang hanya melihatnya dari jauh merentas laut China Selatan,
Hanya untuk melihatnya,
Ya! Hanya untuk melihatnya,
Hanya untuk mengetahui perkembangannya.

Friendzone!

Bukan aku cuba mengalah,
Tapi aku mengajar hati ini,
Mendidik hati ini,
Cuba bertegas dengan kehendak hati,
Agar kelak aku boleh tersenyum puas dengan bintangku ini..

M.A.H.A.R,
Sekalung doa ku hadiahkan buatmu,
Semoga Allah s.w.t memberkatimu,
Melindungimu,
Menyayangimu,
Mengasihimu,
Memudahkan urusan dunia dan akhiratmu,
Ameen...

Dalam kesibukkanmu menguruskan hal-hal harian,
Yang terkadang bekejaran kesana-sini,
Keluar masuk tanah melayu,
Aku mengerti,
Dunia ini bukan tempatmu berehat, bukan?
Semoga dalam lindungan Allah, wahai bintang.
Jangan berputus asa,
Selagi aku bernyawa,
Selagi aku bernafas,
Doa aku sentiasa ada..


Dila...

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku nak mengarut lagi kat sini. Motif? Tak de keje. Tapi aku tak tahu nak cerita pasal apa. Suka hatilah kan nak cerita pasal apa. Blog aku, suka akulah.


Errrmmm.. nak cerita pasal apa ye?


Errmmm...


Boleh ke nak share mimpi malam tadi? Okay macam ni. Ekceli la kan kitaaaa ada suka kat sorang lelaki ni tau. hikhikhik (^_^) *tetiba gedik lak* Pastukan malam td mimpi dia. OMG! Sebelum ni memang biasa je kalau mimpi dia pun. Tapi...! Tapi...! Tapi..!!! Kalau mimpi dia pun selama ni situasinya mesti dia dalam keadaan diam aje. Muka sedih. Suram. Tempat tu mesti ada kami berdua je. Sebelum tidur takde lak aku niat apa-apa. Macam niat mintak Tuhan tunjukan jodoh ke? Ekekeke.. So, aku claim tu sebagai mimpi mainan tidur ajelah.

Tapi.. Malam tadi mimpi dia yang sangattttt bahagiaaaa. Okay macam ni cerita dia. Entah macam mana dia tiba-tiba boleh komen something. Macam komen kat twitter. Lebih kurang macam tulah. Banyak la yang ktorang berborak kat twitter tu. And ada satu ayat ni memang laaaaa haku tak boleh lupa sampai sekarang ni. "Saya boleh baca. Saya boleh nampak. Awak suka saya kan? Saya pun sama. Why not kita bersama..." Ya-Allah.. korang! Walaupun ayat tu nampak poyo. Nampak bila kita baca tanpa perasaan mesti kita baca sambil kerut dahi, mulut terjuih...and kata entah pape je! Tapi cuba korang feeling-feeling orang yang korang minat tu bagi ayat cenggini. Tersenyum okay! Then serta-merta aku tersedar dari tidur. Potong stim betul. Choii. Sedar-sedar je terus azan Subuh. Perkara pertama terdetik..? Mimpi ni nak jadi realiti ke? Kalau betul..Alhamdulillah. Hehehehhh *gedik* Pastu I've made-up my mind. Mana mungkin dia macam tu..dia kan orangnya alim-alim yang aku kira dia sangat 'menjaga'.  Takkanlah nak bagi ayat yang ala-ala naughty tu kan?? Dream-on! In case la dh jadi husband and wife kan?


#Throwback
Kami tak saling mengenali. Dipertemukan oleh takdir Tuhan di Universiti. Pertama kali aku nampak dia di minggu orientasi masa persembahan DPP. Handsome pada mata aku lah kan. Sedap suara dia. Tapi lepas dari minggu orientasi tu dah tak nampak dia. Lama. Walaupun nama dia begitu femes di kalangan kami-kami dalam banyak hal yang baik-baik tapi aku tak interested nak tahu sebab aku tak tahu orang yang dimaksudkan ialah dia. Lagi pun aku bukanlah orang yang kalau minat tu sampai serba serbi aku nak tahu. Minat is minat. Tu je. Sampailah satu tahap kami dipertemukan dalam satu program. Time tu sem 2 kot kalau tak silap. Terkejut okay! Lepas dari tulah minat semakin bertambah sebab dia seorang yang baik, bagus dalam menasihati kami, betulkan niat, pandai dalam mengurus, banyak le lagi... Nak list banyak-banyak kang budak-budak U dapat detect pulak sape dia. kuikuikui. Susunan kata-kata dia hebatlah. Ermmm..orang kalau dah suka semua tampak hebat. Ye dak?? Kentut pun wangi. Hahahahhh. Okaylah..sejak dari tu ada la jugak program yang pertemukan kami. Dan yeahhh..kami berkawan. Dapat berkawan dengan dia pun is enough for me. Sehingalah dia menjadi orang penting di U kami..He's totally awesome in my eyes.

Sebenarnya ramai lagi gadis-gadis kat sana yang minat dia. Dah orang hebat kan. Takpelah. Tak kisah pun. Bagus jugak dapat kenal dia. At least ada jugak perubahan yang berlaku dalam diri aku. Walaupun bukan kerana dia perubahan tu tapi sedikit sebanyak menjentik hati ni untuk perubahan tu. Aku mungkin tak sehebat perempuan-perempuan bertudung labuh atau berpurdah dalam berhujah. Takpelah. Masih belajar lagi. Masih bertatih jatuh lagi aku sebenarnya.

Okaylah tu je. InShaa Allah, jumpa di next entry. Ok babai!


Salam Sayang,
Dila..
Assalamualaikum..

Hari ni tergerak hati nak update blog yang dah basi ni. Rasanya takda yang baca dah kot. Tapi still nak tulis. Biarlah orang kata aku syok sendiri ke apa. Hahahaha... Bila ek last update? Rasanya 2012 kot? Betul ke?? Lantaklah betul ke tak.

Alhamdulillah sekarang aku tengah praktikal. Dekat je dengan rumah. Dekat je dengan sekolah lama. Aku praktikal dekat PPK Labis. Depan SMK Labis. So sapa-sapa yang tahu PPK Labis ni kat mana bolehlah datang melawat aku kat sini ye..datang bawak kuih raya. Jangan datang tangan kososng. Datang bawak duit raya teramatlah dialu-alukan. Hehehhhh :') So kalau nak datang tu, jangan kasi lama ye. Aku kat sini sampai 2/11/2014 je. Pastu taktau la kemana aku membawa diri.

Salam sayang,
Dila...