Lakaran hidup penuh kedukaan,
Kebahagiaan dijamah bak embun di daunan,
Seketika cuma, tidak tertahan
Mungkin semuanya ketentuan Tuhan,
Siapa sangka simpulan kasih terungkai?
Cinta terlerai di puncak mahligai..
Siapa duga hati beralih arah?
Sumpah setia hancur dan punah..
Aku yang lemah akhirnya kecundang
di garisan belakang,
Mengertilah aku yang hidup ini
tidak seindah yang kita impikan..
yang pernah kau janjikan......
Saat aku kehilanganmu,
Langit kelam, alam bagaikan membisu,
Sebak dada menyaksikan kau derita,
Tidak tertadah juraian air mata,
Kiranya dapat aku putarkan masa
akan ku ubah perjalanan kehidupan
moga bahagia hatimu tetap berkekalan,
Apakan daya
Aku manusia biasa,
mungkin dulu langkahku tempang,
Gagal menghidu kedukaan yang mendatang,
Tapi kini, sumpah aku pertahan!
Sejarah itu tak mungkin terulang.
Sejenak kaki itu terpaku dari meneruskan
langkah tempangnya,
Lihatlah, dihadapannya berdiri gagah seorang lelaki
yang sentiasa dinanti,
Pandangan rindu yang menyesakkan dada,
mereka seolah-olah tidak terkutik walau sedetik,
Tanpa sebarang ungkapan
mata seolah-olah bicara,
Aku cinta kamu,
Aku rindu kamu,
Ingin saja aku khabarkan seisi alam,
Tapi sayang,
Hati itu telah dimiliki,
Aku cuba tersenyum,
Aku cuba membunuh mahligai impian,
Saat pertemuan itu tidak mampu
memanggil hati yang terpaling segera bersedar.
Assalamualaikum readers... apa khabar hari nie? sihat tak? saya sihat macam biasa.. Alhamdulillah.. so hari ni saya nak kongsi sedikit cerita tentang hujung minggu saya, okey?? di Kedah ni kan Jumaat dan Sabtu cuti hujung minggu.. so saya dan kawan-kawan pakat pergi Jitra.. nak tengok Ombak Rindu.. hahaha... dah seminggu di pawagam baru nak tengok ke, dila? haha... lantaklah janji saya tetap nak tengok sebab orang cakap cerita ni agak sedih walaupun tak macam novel. biasalah adaptasi novel.. so saya pun memonteng seminar GCB sekerat hari... hehehe~ jangan marah ye... sampai Jitra Mall je dah pukul 12.15.. cepat-cepat pergi tingkat 3.. yes! tiket kali ni tak sold out.. ok kami nak tengok pukul 12.50 punyalah!!! sebab nanti boleh cepat balik... eh! tengok-tengok tempat duduk yang kosong jarak jauh-jauh.. kami nak duduk dekat-dekat... nak 4 seat yang dekat.. si Fad pulak tak nak.. adoiiii... last-last kami beli tiket yang pukul 4 punya.. alamat memang balik lambat la... perghhh!!! berejam-jam dekat Jitra! penat wehhh... dahlah pakai heels.. sebab dalam plan cuma nak tengok wayang lepas tu balik, tapi nak kena tunggu berejam-jam ni tak kan nak duduk tercongok aje?? so kami pun meronda-ronda la sekitar-sekitar tu... sumpah!!!!! penat! pukul 3 kami masuk mall semula.. lepas sembahyang zohor kami pun ke kerusi mengurut Gintell.. saje nak mengurut.. lega la sikit... sementara tunggu pukul 4 kami pergi minum sekejap..


sebagai kenang-kenangan.... keluar bersama..


yang ni Farah manja... hehehe~

habis je Ombak Rindu ~ kami pun balik ke UUM menaiki teksi dengan bayaran RM30 perjalanan sehala dari Jitra ke UUM selepas teman Ciah ke RHB Bank.. sumpah penat weiii.. kalau saya tak pakai heels tadi memang saya steady je.. tambah pulak semalam pergi kelas pun mengada nak pakai heels kononnya nak matching dengan baju laa.. kan dah penat! padan muka.... tapi kan readers.. dah memang lumrah perempuan.. nak aje tampil menarik walaupun hanya memakai t-shirt.. betul tak?? yup! nak tampil cantik tu sebenarnya sakit... tak percaya? okay macam nie.. kalau you all nak beli baju, mesti kena ada duit kan?? nak duit kena kerja.. kerja penat tak?? mestilah penat.. mana ada kerja yang tak penat.. penat tu sakit kan badan-badan you all??? sakit weyyy... 

okay now saya nak komen pasal filem Ombak Rindu ~ kalau ada 10 bintang saya bagi 1 bintang aje.. kenapa persoalannya... okay macam nie.. saya tak kisah dengan pelakonnya.. cuma bermasalahnya part ni sangat pendek-pendek.. tak sempat nak feel dah tukar babak lain.. ye saya faham dia nak kejar masa.. dan mengikut kata pengarah filem tu Osman Ali ni tak puas hati sebab banyak sangat babak yang dipotong gara-gara nak cukupkan 2 jam.. so kepuasan untuk saya menonton tu memang kurang sangat-sangatlah.. saya cuma menangis sekali je.. part Hariz tuduh Izzah perempuan sundal even time tu Izzah isteri dia sendiri dan time tu Izzah tengah pregnant dan Hariz tak tahu Izzah pregnant.. tu je.. saya pun pelik ada orang komen yang cerita ni sedih sangat-sangat sampai nak keluar panggung pun segan sebab mata sembab gara-gara menangis dalam panggung.. hisyhhh! tak sedih pun.... entahlah... mungkin saya ni susah nak dapat feel kot?? hahaha~ tak tahulah...

sampai je bilik dah pukul 7.38pm.. pukul 8.45pm ada majlis friendship dekat Galeri Proton.. maklumlah saya ni stay kat DPP Proton.. so kena la pergi jugak walaupun malas sangat-sangat time tu.. bila Fairus dan Mira datang bilik barulah saya siap-siap.. dan saya sediakan beberapa video yang sempat saya rakam sewaktu majlis berlangsung.. tak semua saya rakam sebab time tu mood memang tak ada, dan saya rakam pun untuk disimpan sebagai kenang-kenangan saya di UUM sebagai freshie nie... huhuhu ~ maaflah ye kalau kualiti tak bagus sebab saya bukan pakai iphone 4 pun... hehehe ~ coming soon...


bolehlahhhhhhh.... =)


yang ni kawan saya, nama dia Ciah.. task nyanyian ni pun spontan je.. balik-balik Jitra dengan penatnya dah dapat arahan supaya perform malam nie... actually malam ni jugak dia kena pergi 'searching for a star' sebab dia terpilih suku final... tapi dia tolak... sayang, kan??? tapi apa nak buat... saya sebagai sahabat hanya menyokong keputusan dia...


yang ni memang tak aci.. ade ke perform padamkan lampu?? mengelat betul JKPS ni tau... tapi rupanya dia nak tanyang slaid sambil perform... lantak koranglah...


panjang pulak speech Syahmi ni...


baju merah yang pakai pashmina tu.. wah!! asyik melaram ipad je 24jam... x jeles pun tapi.... hihihi ~ kelakarlah dia nie.... upppps! bukan mengumpat, mengata je... hehe ~ sori ye bang!


untunglah jadi pasukan sorak terbaik DPP Proton... kan dah dapat hadiah bear besar...


okay.. nak tunjuk hadiah ciput cabutan bertuah saya nie.. hehe ~ ingatkan nombor 116 takda ong... rupanya ada... Alhamdulillah rezeki...




lek elehhh... ingat bagi duit... hehehe ~

hmmm... tadi saya telefon AG.. AG cerita la yang tadi semua orang dekat rumah tak ada.. dia orang keluar.. AG ingat dia orang pergi ambil saya, kot saya balik rumah ke.. sebab tadi AG macam dengar suara saya.. eiii peliknya?? AG dengar saya cakap macam ni... "Diba, kau buat apa kat dapur tu?" sebab saya ni kalau kat rumah memang jerit je kalau nak cakap... hehehe ~ mesti korang tak tahu kan? memanglah tak tahu sebab rumah korang tak dekat dengan rumah saya... tu hah.. jiran-jiran dah biasa je dengar saya macam tu... hehe ~ tapi rupa-rupanya mak yang panggil diba... biasa mak panggil diba... 'adik'... ni panggil 'diba' la pulak... dahlah hari tu diba mesej saya.. katanya dengar saya panggil dia masa exam fizik hari tu... eeeiiii... seramlah pulak.. saya kat Kedah, kuatnya suara nak panggil diba kat Johor???? dah tu diba asyik terpusing-pusing cari suara saya... hmmm tak kan rinduuuu?? relaxlah... cuti sem bulan satu ok? sekarang dah 9hb disember.. 

doakan saya ye? saya nak final dah nie.. harap-harap sem 1 ni saya skor 3.7 ke.. bolehlah saya grad dalam 1st class degree.. lepas tu apply ph.D terus sebab UUM bagi pelajar 1st degree terus buat ph.D kalau dia dapat 1st class laaa... amin3...! mudah-mudahan saya ada rezeki itu... belajar rajin-rajin, dila... ~
Assalamualaikum readers...ha! post kali ni saya share sedikit story pasal weekend yang hampehhh sangat-sangat... penat + sakit hati + tp dalam masa yang sama agak gembira sebab dapat shopping... hehehehe... hanya saya dan kawan saya je yang keluar.. saya dan Ciah.. kami ke Jitra.. wahh! sampai ke Jitra weyyy... haha... lain kali bolehlah sampai ke Alor Setar pulak ye.. haha... lepas tu boleh la ke Thailand pulak... hamboiii... semakin panjang pulak langkah saya nie ye?? hihi.. time ni la nak berjalan, kalau tak bila lagi??? malam sebelum ke Jitra tu dah plan.. tapi still samar-samar lagi.. betul ke ni nak g Jitra? sebeb esoknya tu ada acara.. malam ada perasmian sukan siswa/i.. lepas tu nak teman Ciah g audition- searching for a star.. tak tahu nak g mana satu? kalau g Jitra mesti baliknya tu kami dah penat.. aduh! lepas tu bila fikir-fikir balik.. ada program hand-to-hand dekat D'Mas.. tapi sebab saya tak ada kawan nak teman, last-last tak beli pun tiket tu.. Dr. Fazley ada tau! bestnyerrrr... hahaha...~ bila dah pagi tu saya g bilik Fad.. wah! baru nak bangun tidur.. surprise me! g bilik Ciah pulak.. lagi best... tengah tidur! hmmm... x jadi pergi la nie... saya pun balik bilik saya la.. nak buat assignment la macam ni.. kol 8.50 Ciah datang bilik saya,

"Dila, nak pergi tak?" tanya Ciah.

"Ewah... anak dara ni dah pukul berapa nak g? konon malam tadi pagi-pagi nak g jogging dulu la.. nak praktis suara la...macam-macam plan.. bangun pun lambat.. macam hampeh je". saya perli dia tuu... haha~ rasakan! malam tadi plan cantik je... last-last hampeh tebu je!

"Hihihih~ alaaa malam tadi Ciah tidur lambat la Dila.. jam 2 baru tidur berbual dengan kak norji". Ciah cuba beralasan..

"oohh.. ok la.. nak pergi mana satu ni?" tanya saya malas.. terus je straight to the point kan senang...

"Jitra??"

"hah???! serius?"

"Yelah.. kata nak tengok Ombak Rinduuu"

saya pun segar balik...hehe~ yelah dah sebut filem yang saya nak tengok sangat-sangat tu kan.. "Betul ke Ciah??" tanya saya untuk mendapatkan kepastian...

"Yelah.."

"Okay.. tapi selain kita? Farah nak buat assignment.. Fad??"

"Nanti Ciah tarik Fad kalau Fad tak nak pergi". Wah! konfident je cakap ek..siap nak tarik-tarik bagai...

"Okay. tapi kol bape nak g??" (biasalah orang Johor cakap semua nak short-form.. pukul jadi kol.. berapa jadi bape... pergi jadi g... telefon jadi tipon)

"Jam 9??" (ha! yang ni orang Sabah.. 'jam')

"Gila kau! sekarang dah pukul 8.50pagi.. nak siap-siap 10 minit aje ke? mandi pun tak lagi ni..."

"Hahahaha... okaylah.. pukul 10".

"Okay.. nanti dah siap aku g bilik kau".

"Okay.."

dan kami pun bersiap.. tepat 9.20 aku dah siap.. hahaha~ dengar pasal ombak rindu laju je bersiap.. cuba kalau nak g kelas.... capai je handbag terus g bilik Fad... mak oiiii!!! pakai baju tidur lagi?? tengok korean movie lagi?? biar betul minah ni??

"Wei kau g tak ni??" tanya saya.

"Tak lah wei. kau g dengan Ciah ajelah. aku nak tengok ni...." kata Fad sambil menunjuk ke skrin laptopnya dengan jari-jarinya yang 'sedikit meruncing' tuu... hihi~

"Okay bye".

sampai je bilik Ciah, dia tengah pakai tudung. "Weh.. Fad tak g.. dia nak tengok korea". beritahu saya.

"Hah?? alaaa Fad ni memang tau... korea aje".

bla...bla..bla...teman Ciah breakfast dulu... bla.. bla.. bla... g Jitra naik kereta sapu dengan orang India.. lelaki pulak tu.. lelaki lagi tu.. dan aku duduk tengah! arghhh stress! nak Viva.. aduhaiii.. kenapalah tak tawarkan alphard je sebagai kereta sapu..



banyak perbezaan kedua-dua nie.. hehehe~

bla.. bla..bla... tambang dari UUM ke Jitra sorang RM10.. okaylah.. nasib baik orang India tu turun kat Changlun je.. pakcik tu turunkan kami kat Jitra Mall.. Roomate saya cakap Jitra Mall tu besar.. best.. tapi bila saya sampai.. okay la.. tak la besar sangat.. 3 tingkat je.. ingatkan macam BP Mall tapi jauh sekali perbezaan.. tapi bolehlah kan.. pakcik tu cakap mall ni dulu tapak sawah and now jadi mall.. fakta tu ajelah buat saya terpegun... dan tepi- tepi tu adalah kedai-kedai lain.. first place saya g ialah pawagam! excited punya pasal.. last-last dia bukak kol 1.. macam hampeh! we decide laa nak g round-round dulu.. shopping jap... makan dulu.. sampai kaunter tiket kol 12.40.. ehh.. ada stiker la.. 

"tiket Ombak Rindu
2pm dan 6pm
sold out"

whatttt??? biar betul?! hmm.. semalam punya kot? sedapkan hati laa.. bila dah sampai turn kami, and tanya la.. yup! betul-betul dah habis.. hampeh! takkan nak tengok kol 10 malam? nak sampai UUM kol bape? tentulah kol 12am waktu last masuk UUM.. gila!


                   sebagai ubat sakit hati~


apa nak buat ni ye untuk redakan perasaan?? main bowling laa...


dan hasilnya.... taraaaaaa!!!



lepas tu shopping kat Guardien sekejap..saya beli nie ha.. tapi lupa nak snap pic sebelum tu, terpaksalah search kat pakcik Google.. hehe~







tak dilupakan juga....~


biasalah 'hantu novel' mana- mana saya pergi, pasti sebuah novel akan dijadikan sebagai buah tangan untuk diri sendiri..hehehe~ selain tu adalah jugak beli seluar.. mangkuk yang tahan panas.. nak buat masak maggi ke.. hehe.. nak simpan sup ke... bolehlah guna mangkuk tu... hihi~ nanti bulan 1 nak pergi Jitra lagi, kali ni dengan wawa pulak.. dah plan nak shopping kasut pulak.. haha...~
Assalamualaikum readers... huh! saya menempuhi sepanjang hari ini dengan sabar + tabah... okay let's straight to the point okay?? actually kelas TITAS saya hari ini telah digantikan dengan seorang lecturer yang sangat berwibawa berasal dari Nigeria.. lecturer sebenar saya, Ustaz Haji Mohammad Khadafi telah pergi ke Mekah bagi mengiringi jemaah2 haji.. kenapa sampai sekarang x balik lagi ustaz?? akibatnya sampai saat ni kitaorang bertukar-tukar lecturer.. aduhai!


hehehe...curi-curi snap pic nie time dia tengah mengajar...

sangat pelik tau gaya sebutan keinggerisan dia tu...contoh perkataan yang saya dapat tangkap...kalau perkataan 'civilization'...kita sebut 'civilizasyen' tapi dia sebut 'civiliza-si-On'....contoh lain 'people'..kita sebut 'pe-pel' tapi dia sebut 'pe-pu'... 'Hindu' kita sebut macam biasa tapi dia sebut 'Indu'... so anda semua mesti dapat bayangkan apa yang saya rasa dalam kelas tu, ye tak??? Now saya faham perasaan Wawa sebab dia kelas TITAS group A, biasanya group A ni kelas dia ada foreigner.. so mesti kena speak in English punya... pulak tu dapat lecturer foreigner... ting tongggg kepala nak faham apa yang dia cakap tu weiii....

okay, now second story...keluar je dari kelas E-Comm tadi nampak bmw 5 series... wowwww!! ter'springggg biji mata saya woook! this is one of my favourite car!!! so apalagi... dengan jelitanya kami pun nak bergambar dengan kereta mewah nie.. tiba-tiba si Taufiq pulak menyampuk... "Heyy.. apa korang buat dengan kereta aku ni hah??" kami hanya gelak-gelak je.. "perasaannnnnyerrr"... hahaha... berdekah ketawa!


amcam??? tengok agak real tak picture nie??dengan gaya si Taufiq tu... macam kereta dia la pulak...hehe...~

third story~ selepas je ber'posing dengan kereta mantopppp nie kami pun ke librarty untuk discussion... maklumlah kelas lepas kelas E-Comm dibatalkan, so kesempatan inilah kami nak discuss... bla... bla... bla.. balikkkk.... jalan kaki! penatnyaa... malas nak naik bus.. konon-konon nak exercise la... dengan cuaca panas terikkk.. perghhh... naik demam kottt! hahahaha~
Assalamualaikum...hai readers..how are you today?? Good I hope. tadi saya 'jalan-jalan' kat facebook Hidayat.. one of my classmate in form six. tetiba je ternampak picture nie:


actually saya baru je terjumpa picture nie..hehe..saya ingat..memang pernah snap picture nie tapi tak tahu guna kamera sapa.. at last jumpa jugak.

time nie  lepas majlis 1001 kenangan.. so semua upper 6 dengan lower 6 (yg terlibat) datang.. tapi yg ada dalam pic ni sikit je kan? tu sebab ada yang dah cabut dulu..tinggal ni je lah yang belum cabut lagi..majlis nie bertujuan meraikan pelajar upper 6.. maklumlah lepas tu dah blah dr sekolah..tu yang buat sedikit peringatan. apa-apa pun I really appreciate it! thanks semua yang terlibat. banyak sangat makanan yang sedap-sedap time tu.. hehehe...
Assalamualaikum...macam mana cuaca kat tempat korang hari nie? cerah @ mendung @ hujan?? hmm..hari ni cuaca kat Kedah hujan.. dah beberapa hari nie asyik hujan je.. risaulah.. berkemungkinan nak banjir.. tambah pulak dengan banjir kat Thailand tu nak ke utara Malaysia kan.. lagilah buat saya risau.. mungkinkah tak dapat balik cuti sem awal tahun depan? oh no!! takkan nak terperuk kat sini je? kelmarin mesej Hafiz and tanya dia betul ke nak banjir nie? dia kata berkemungkinan tak sebab hari tu dia ada balik Perlis dan sungai kat Perlis dah didalamkan... sejauhmana tak tahu la pulak.. okay! bukan pasal hujan @ bajir yang saya nak ceritakan dekat post kali nie... actually hujan-hujan macam nie entah kenapa tiba-tiba teringat kat dia.. hehe... bukan sengaja ok? tiba-tiba je tadi teringat kat dia time tengah makan... hahaha...korang mesti cakap..."eiii tak de kena mengena tengah makan tiba-tiba teringat dia kan? tapi tu lah pasal..."
ceritanya macam nie... 10hb 11 2011 hari tu dia ada add saya balik kat facebook. waktunya petang. yakin sangat-sangat sebab sebelum naik bas ke Kedah magrib tu saya online facebook sekejap. dan tiba-tiba je nama dia muncul as a friend request saya. saya macam tak percaya.. kenapa pulak dia nak add saya balik sedangkan dia dah unfriend saya? kalau saya la kan... dah unfriend orang memang segan nak add balik! kena sagat muka kat jalan tar la dulu baru nak add balik!!! hahahaha.... malu kottt....tapi saya mengambil tindakan tak mahu accept dulu.. kenapa? entahlah... biarlah keadaan macam tu. saya tak tahu apa masalah dia sampai dia nak unfriend saya. dan kenapa dia add saya semula lagi la saya pelik.. saya ingat dia betul-betul maksudkan akan jadi kawan saya.. tapi....... entahlah..mungkin dia tak bermaksud nak jadi kawan saya. kalau macam tu biarlah keadaan nie macam nie je. biar selama-lamanya begini! adik saya pun dia unfriend jugak.. tak apalah awak, saya tak rugi apa pun kalau awak unfriend saya..

okay, nak cerita pasal semalam punya kelas management pulak.. kawan saya (Liz) asyik mesej je dengan pakwe dia.. saya tertanya-tanya jugak sebab sebelum nie biasa time tengah kelas dia akan tumpu je tapi semalam lain pulak jadinya.. dahlah semalam lecturer ajar cepat sempat pulak minah nie main mesej.. lepas tu tiba-tiba dia membebel.. mengeluh... bila saya tanya kenapa? dia cakap pakwe dia dah remove kawan-kawan yang tak penting dalam facebook dia... gambar-gambar pun pakwe dia dah remove... saya pelik.. kenapa mesti nak buat macam tu?? kalau alasan cemburu tak munasabah langsung..okay kalau nak remove gambar saya tak kisah sangat... mungkin pakwe dia tak mahu lelaki lain tengok kecantikan awek dia... non-sense! kau bukan laki dia nak mengongkong sampai macam tu ok?? entah.. saya emosi sikit kalau bab-bab macam nie... pada saya selagi dia belum jadi milik kita, dia boleh buat apa yang dia suka asalkan dia tahu jaga  agama, maruah, dan nama baik dia serta keluarga dia. means disini seseorang tu mesti pandai jaga diri dia whatever would happen! yang remove kawan pulak... hah!! this is also ridiculous! tahu kenapa?? hmmm... macam mana saya nak explain ek?? senang cerita lebih kurang sama la dengan ayat-ayat diatas.. tambahan je cuma... kalaulah ea... saya andaikan..'kalau'....kalau korang betul-betul 'jadi'...maksudnya you and your couple is going to be married.. so you all mesti nak invite kawan-kawan supaya you punya majlis meriah, kan? hebahkan yang korang dah kahwin.. betul tak?? saya tak percaya yang korang ada senarai alamat penuh atau no. telefon semua kawan-kawan korang... at least dengan adanya laman sesawang macam nilah korang boleh invite kawan-kawan korang datang dan berkongsi wedding day korang tu... dapat jugak jumpa kawan-kawan lama... secara tidak langsung hal ini boleh mengeratkan kembali hubungan silatulrahim korang... mana tahu kalau tiba-tiba korang perlukan bantuan.. at least masih ada kawan yang sudi membantu... tapi tak ke segan nak mintak bantuan kawan lama yang kita dah buang dia?? mungkin kita menganggap dia tak tahu kita dah buang dia tapi hakikatnya??? okay... tepuk dada tanya diri sendiri.

p/s: kalau 'awak' yang saya maksudkan tu ada terbaca post saya ni..please I need your explaination before I accept you once in my friend list.. itupun kalau awak rasa itu 'awak' yang saya maksudkan laa.. kalau tak, mungkin sampai sini sahaja. saya nak hantar mesej kat awak tapi tak ada box untuk hantar mesej kat awak punya facebook la pulak. nak hantar by phone tak kottt... sebab saya dah tukar handphone and semua no dah hilang. technical problem agaknya.. awak jangan expect saya nak pergi mintak no awak kat kawan-kawan yang lain because I would not do that.. bukan saya punca kalau persahabatan kita terputus.
Assalamualaikum...hai! bertemu kembali kita nampaknya...so dipagi yang hujan renyai-renyai di Kedah ni saya nak share pengalaman tengok bola malam tadi..wah! satu pengalaman yang menakjubkan.. apakan tidak dekat kefe tu terbahagi kepada dua group.. satu group penyokong Malaysia, dan satu group penyokong Indonesia..hahaha... foreigner Indon la sokong negara mereka kan??? so apabila permulaan permainan je Indonesia dah berjaya gol kan bola, apalagi gegak gempita sekejap laaa kan...sorak menyorak mula berlaku...dan penyokong Malaysia nie dah tak senang duduk...mana boleh jadi nie! Go Malaysia, Go!!!!!


perlawanan yang sengit...dah masuk 2nd and 3rd round pun masing-masing tak nak kalah!!!akhirnya seri 1-1..


sepakan penalti pulak..saya percaya jantung penonton bola sepak malam tadi berdenyut lebih kencang dari biasa...betul tak??..masing-masing x senang duduk....tak tahu nak agak sapa yg menang malam tu....


dan akhirnya...........


yeahhhhhhhhhhhh!!!!!!!! Garuda tewas lagi di mulut Harimau...hahahaha......Malaysia menang!!! gegak gempita kafe Proton dengan sorakkan 'yeayyyyyyy'.... sambil terlonjat-lonjat...tepukan gemuruh.....tak kurang jugak aksi peluk-memeluk....dan tak kira lelaki atau perempuan semuanya jerit tak ingat dunia....hahaha...termasuk aku dan kawan-kawan aku yang lain....wehehehehe....tahniah Malaysia! nampaknya semakin ramailah anak-anak gadis tempatan yang semakin admire kat pemain bola sepak negara, ye tak????hehehe......
Assalamualaikum...hai semua..apa khabar?saya kat sini sihat-sihat aje macam biasa..Alhamdulillah..okay, post kali ni saya nak kongsi cerita..:
exam mid-sem dah habis..syukur sangat-sangat..saya cuma kurang berpuas hati dengan exam Sains, Pemikiran dan etika saya sahaja. nak tahu sebabnya??saya tak faham apa yang saya baca..it's all about falsafah..teori-teori yang banyak dan jugak tokoh-tokoh ilmuan..shit! dah baca tapi tak faham nak jawab macam mana soalan tu?dan selalu je guna ayat-ayat yang bombastik..ayat-ayat saintifik..jenuh la belajar macam nie..exam management pulak dah dapat markah..huh!saya dapat b- jer???!apa nak buat..redha jelah..salah saya jugak..exam malam tu, balik kelas pukul 2 petang tu jugak baru nak baca..hisyhh!kalau baca awal-awal entah-entah dapat a+ agaknye..hahaha..konfident tu!!exam prinsip-prinsip usahawan pun gitu jugak..exam malam, petang tu baru nak terhegeh-hegeh buat mind-map..baru nak faham..baru nak baca..senang kata time tu nak berak, time tu lah baru nak gali lubang..ceh!tapi saya puas hati laa..apa yang saya baca tu masuk dan ingat..huhu...tapi biasalah trick exam kan??tak tahulah saya tertipu ke x..markahnya x siap lagi..ok ni nak story pasal subjek kenegaraan pulak..yihaaaa!exam di padang..huhu..kami kena organise sukan rakyat..lepas tu sent report kat Puan Suhana..30%...tanpa baca buku! best, kan??math pengurusan..markah dah ade tapi Encik KamarunHizam malas nak bawa kertas yang banyak-banyak tu..aduh!katanya markah paling tinggi 57/60...dan paling rendah tu 16/60...walaweiii!!semestinya 57/60 tu bukan saya laaa ye sebabnya dalam banyak-banyak subjek saya amat lemah bab-bab mengira..boleh faham..tapi time tu je lah..kalau suruh buat lain alamatnya terkebil-kebillah...hahah...TITAS pulak x ada exam tapi kami diarahkan supaya membuat pameran pada 21/11/2011 hari Isnin di foyer library dari jam 8am hingga 5pm..markah 30% jugak..hohoho...oh ye!tadi (20/11/2011, 12.50pm) saya dan kawan-kawan saya seramai 6 orang kena buat role-play tau..hahaha...saya rasa macam boring je kami punya role-play tu..skrip pun main agak-agak dengan situasi je...tajuk kami ialah 'life on campus'...masa 20minit tapi kami lebih dari 20minit...ok la tu sebab lecturer nak sekurang-kurangnya 20minit..lebih x pe jangan kurang....saya x ada picture nak share sebab kami x bergambar pun time tu...permulaan kami pasang lagu 'I lay my love of you by westlife' and then kami menari lagu hindustan pulak...'koi mil gaya'...hahaha...lantaklah janji role-play tu happy...and rupa-rupanya feedback yang kami perolehi ialah mereka enjoy dengan role-play kami...hehe...x sangka!tapi pada saya macam dah boring je...bla..bla...bla...kelas EEP hari ni kami ditugaskan buat fashion show tapi guna recycle punya bahan...hahaha...sangat x boleh blah!dan oleh kerana dalam kumpulan kami cuma ada seorang sahaja lelaki, maka lelaki melayu terakhir yang segak dan tampan sehingga menggugat hati wanita saya ini menjadi model...hahahaha...dalam pada kami tengah siap-siapkan dia tu, mulut tak habis-habis membebel...aduh! aku gam jugak mulut dia ni nanti...ada je benda yang dia nak cakap...and lastly kumpulan kami dapat tempat ke-3...hahaha...actually semua kumpulan ada 3 je..means kami last laaa...apa nak buat..terima jelah...2 kumpulan lagi guna model perempuan...bolehlah diaorg dah siapkan nak pakai apa...kami je x sedia apa pun...minggu sebelum cuti tu kata fashion show ni buat betul-betul masa kelas EEP...diorg dah get ready mestilah boleh siap dalam 20minit je...kumpulan kami just buat pakaian melayu lelaki teluk belanga je...

                                                     dari kiri: chia, saya, farah, fad.


                                                      dari kiri: chia, saya, farah



                                                       dari kiri: fad, chia, farah

this is my bestfriends kat sini...selalu spend time sama-sama time hujung minggu..hanya hujung minggu je kami dapat spend time sebab semuanya lain-lain kos...
saya kos Bachelor Human Resource Management, Chia- Bachelor Sains Pemutusan, Fad- Bachelor Entrepenurship, Farah- Bachelor Development Management...
yang chia tu nama sebenar dia Samsiah bte Samsul, berasal dari Tawau Sabah..
yang fad tu nama sebenar dia Nor Fadzillah bte Jaafar, berasal dari Kuala Kerteh, Kedah
yang farah pulak nama sebenar dia Nor Farahin bte Mohd Salleh, berasal dari Sabak Bernam, Selangor..farah ni dia ada kakak kembar tau..nama kakak dia Fareha..muka dowg sebijik sama...hehe..bila tgk dowg mcm tgk cermin je...hihi..Fareha pon study kat UUM jgk..kos dowg pon sama..cuma duduk lain-lain DPP je..fareha duduk DPP TNB sama dengan wawa...ktorg duduk DPP Proton...alah sebelah2 je...
8 sebab kenapa perempuan bertudung lebih baik


1) Tuntutan agama
- Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa
- Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?

3) Lebih pintar dan tenang
- Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis
- Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
- Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi 
time orientasi saya rapat dengan mereka...kenal dengan mereka sangat best...

                                                           ila (tudung biru), syima (tudung coklat)



                                               dari kiri: syima, kak zack, saya.


                                                                       saya dan syima


                                                     dari kiri: nurul, ila, syima

                                 
                                                                       saya dan kak zack.

p/s: sekarang dah start kelas susah nak jumpa...masing-masing punya jadual lain-lain...kadang2 ade jugak jumpa syima kat kafe..nak jumpa yang lain-lain macam susah je...

Asalamualaikum...hai readers..apa habaq semua??hmm..dah bersawang blog sy nie kan??maklumlah lama dah x up-dated blog..tp selalu on9 bace blog org je..padahal blog sendiri terbiar..hehehe...maaf ye...sedikit ringkasan kehidupan sy sekarang nie...7hb september 2011 sy sah menjadi student Universiti Utara Malaysia (UUM)...apa perasaan sy??time tu biasa2 je...cuma waktu family sy nak balik tu air mata x usah cakaplah...berjurai2..ingat x nak nangis tp x boleh..plus time tu sy demam...hehehe..belum apa2 lg dah demam..actually sy demam 3 hari sebelum berangkat ke Kedah lg..tambah2 sy ni kalau tension je mst kena nangis..x tahu nape..huhu...satu kelemahan yg perit nk diungkapkan...dahlah demam + jam 1:45pm dah kena berkumpul (zohor masuk 1:30pm =terkejar2 nak solat) + fikir akan jauh dgn family lg...and finally seharian tu sy x makan ape pn...x selera..hehe...bla..bla..bla...sesi orientasi bermula...oh ye lupa nak bagitahu..kos sy ialah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian (BHRM)...sy stay kat DPP Proton..manakala bestfriend sy kat DPP TNB..actually Proton dgn TNB sebelah2 je tp nak jumpa bukan main susah lg...1st intake dak2 sem1 lebih dr 4000 org...so time kitaorang ade ceramah kat Dewan Mu'Adzam Syah (DMAS) dah mcm g tgk AJL...ramai sangat2 orang...



nasib baik time ni duduk atas..so dapatlah tengok keseluruhan pelajar sem 1 yang baru daftar nie...time ni ada akur janji dengan UUM..so pelajar perempuan dibekalkan dengan pashmina bewarna hijau kebiruan...manakala pelajar Islam diminta memakai baju melayu bewarna hitam..dan yang bukan Islam pakai kemeja bewarna putih...
Assalamualaikum...(x jawab dosa)...kali ni punya entry sy nak share dgn anda semua pasal JANTUNG..
Disini sy ada beberapa fakta tentang jantung yg nak dikongsi dgn anda (itu pun kalau anda semua belum tahu lg laaaa)

Jantung:
1. organ asas dlm tubuh badan manusia.
2. berdenyut kira-kira 72X seminit bersamaan 40 JUTA KALI SETAHUN!!
3. cuba memahami proses yg sedikit memeningkan ni, genggam tangan anda dan lepaskan. ulang aktiviti tu. berapa kali anda boleh buat dlm seminit??
4. bersaiz penumbuk kita je tau jantung nie.
5. berterusan mengepam darah kita tanpa rasa letih dan x berhenti walaupun ketika kita sedang tidur!
6. berdenyut lebih pantas ketika kita sedang gembira dan perlahan ketika kita sedang berehat.
7. mengepam darah kta kira-kira 43 000 liter dlm sehari bersamaan memenuhi 150 tab mandi. penat x ek kalau nak keringkan satu tab mandi dgn menggunakan sebiji cawan? habis tu kalau 150 tab mandi?? penat woooo.... tp jantung kita x pernah penat.
8. kalau kita penat, mesti kita berehat, kan?? tp jantung kita x pernah berehat sbb kalau jantung kita rehat alamat TERkiok la kita.. hehe...sbb Allah s.w.t telah jadikan jantung kita fungsinya macam tu dan x pernah letih.
Assalamualaikum readers..entry kali ni sy nak cerita pasal BUNGA ROS... sy dapat idea ni setelah membaca buku Al-Islam edisi April 2011..(baru nak baca..hehehe) ...dulu masa zaman kegemilangan kerajaan Islam- Bani Umaiyyah, Andalus, hospital Islam adalah hospital yg pertama mengamalkan wangian haruman bunga ros. Nak tahu x? sebenarnya haruman bunga ros nie terbukti dapat menyembuhkan penyakit dgn cepat..kira macam aromaterapi la kiranya haruman bunga ros nie..wangian dr bunga ros nie dah wujud sejak zaman Mesir Purba lg tau..kiranya mereka tu dulu pun maju jugak siap nak ada wangi-wangian segala bagai..kalau nak tahu lg, bunga ros yg dicampur dgn minyak boleh merawat penyakit yg b'kaitan dgn sistem peranakan tau..x percaya??tolonglah percaya sbb rawatan nie digunakan masa zaman Greek, Hipocrates lg tau!



Lagi fakta tentang bunga ros: doktor2 zaman dulu guna air bunga ros utk merawat masalah saraf and sbg ubat hidu utk sape2 yg ade penyakit paru-paru..ekstrak kelopak bunga ros pulak boleh diberikan kpd pesakit jantung dan buah pinggang..dapatlah kurangkan penyakit tu..patutlah ek kalau kita tgk tv selalu kalau masuk hospital je ada yg bagi bunga ros..pernah jugak sy terfikir, "kenapalah dia orang ni bg bunga ros..?bagilah buah-buahan ke..bolah jugak buat makan, nie bg bunga bukan boleh buat makan... " but now sy dah faham and tahu khasiat bunga ros..kalaulah macam nie punya banyak khasiat bunga ros terutama dlm menyembuhkan penyakit rasa-rasanya hospital-hospital kat Malaysia nie patutnya kena tanam pokok bunga ros banyak2 la dekat perkarangan hospital..lepas tu petik bunganya and letak kat wad2 yg kritikal macam ICU banyak2..yg wad2 biasa x payah banyak sgt..hehe..macam kedai bunga pulak..tp x pe kan??ade wangian organik yg menyihatkan..boleh jugak gantikan bau ubat2 yg x best tu..



Korang perasan x bila kita hidu bunga ros dalam2 semacam ade satu perasaan yg mengalir dlm badan kita??kita terasa segar..nyaman..tenang..damai..syok je..fikiran pun rasa lapang je..nak yahu x sbb apa kita rasa macam tu??sebab minyak bunga ros tu la yg menjadi komponen yg merangsang dan mengharmonikan sistem pertahanan serta sistem saraf kita. lepas tu minyak bunga ros ni akan m'bantu meningkatkan  aktiviti endokrin, m'hilangkan masalah sclerous pd organ dan m'baiki sel dalam badan kita..tambahan pula minyak bunga ros nie baik utk saluran penghadaman sbb penawar plg mujarab kpd membran mukus dan bertindak menentang bakteria dlm proses penghadaman tu..

sekarang ni baru sy tahu yg bunga ros nie ada vitamin C, karotena, vitamin B dan K dan hampir semua mineral penting ada kat kelopak bunga ros. Bunga ros juga mengandugi kalsium yg boleh m'pengaruhi metabolisme dan proses asimilasi zat makanan..juga mempunyai kalium yg sgt penting utk kekalkan aktiviti normal jantung. dalam kelopak bunga ros pun ada iodine yg bagus utk kelenjar tiroid..hah!!banyak, kan khasiat bunga ros nie??so sape2 yg kat rumah dia x da bunga ros (macam sy) bawak2 la tanam pokok bunga ros ye???












Semua fakta tentang bunga ros!!
-waktu nak petik bunga ros seelok-eloknya waktu awal pg, time udara masig segar dan lembap..kalau nak lg baik petik bunga time lepas hujan atau time embun banyak. lepas petik je terus keringkan atau digunakan utk rawatan tanpa m'basuhnya terlebih dahulu...ingat tau!!kalau petik bunga ros utk dibuat ubat jgn basuh ye..ni utk kekalkan khasiat bunga tu sendiri..Hasil kajian doktor sains dr US - Dr. Boris Vasilvey kata bakteria akan mati dlm masa 5 MINIT kalau tersentuh kelopak bunga ros segar!!!wow!!superb....!sbb tu kdg2 kita tengok ade org yg rawat sakit dia guna bunga ros je..









Bunga ros lagi....ehem3!!attention please...nak tahu lg x??sebenarnya mandi dgn kelopak bunga ros nie dpt menentang masalah saraf, kembalikan keanjalan kulit, awet muda, hilangkan kebimbangan dan haluskan kulit...sebenarnya mandi bunga ni biasa dlm masyarakat melayu krn dipercayai dpt naikkan seri wajah..tp sebenarnya mandi bunga tu dah cukup dlm rahsianya..x payahlah jampi-jampi serapah yg karut je tu...nak tahu mcm mana nak buat air mandian bunga??senang je...mcm nie..tuang air panas dlm mangkuk dan masukkan setengah mangkuk kelopak bunga ros kemudian tutup rapat2 spy haruman tu x terkeluar..x lama lepas tu baru curahkan kat dlm air mandian kita..nak tahu lagi?sebenarnya mandi bunga dgn air sejuk lebih baik berbanding air panas..tp kedua-duanya tetap mencapai matlamat yg sama iaitu menghaluskan kulit..


Lagi satu! bila dah buat mandian ni cuba2 la jugak buat semburan..cara yg sama mcm nak buat air mandian bunga ros tu..masukkan air panas ke dlm satu manguk dan masukkan juga setengah mangkuk kelopak bunga ros yg mekar2 tu dalam air panas td dan tutup spy pati keharuman dia tu terperangkap dlm mangkuk yg ditutup td..kira bg bau dia kuat la..and bila dah sejuk korang masukkanlah dlm botol spray and bolehlah spray kat rumah..kalau ade masalah kulit, semburkan/ lap guna tuala dgn air bunga ros td.. Insya-Allah lekas sembuh.. pernah dgr org makan kelopak bunga ros kan??hmm..tu biasa jugak..

Selain itu juga, kelopak bunga ros juga boleh dijadikan sbg minuman berupa teh bunga ros...mcm daun teh jugak..bila korang dah petik bunga ros tu asingkanlah kelopak dia, lepas tu keringkan kelopak bunga ros tu...betul2 kering tau...bila dah kering, korang boleh curahkan air panas ke dlm mug and sudukan berapa byk bunga ros yg dah kering tu ke dlm mug...selain rasanya yg sedap dan wangi, teh bunga ros juga dipercayai dapat menenangkan fikiran kita!



Selamat mencuba!