Assalamualaikum...macam mana cuaca kat tempat korang hari nie? cerah @ mendung @ hujan?? hmm..hari ni cuaca kat Kedah hujan.. dah beberapa hari nie asyik hujan je.. risaulah.. berkemungkinan nak banjir.. tambah pulak dengan banjir kat Thailand tu nak ke utara Malaysia kan.. lagilah buat saya risau.. mungkinkah tak dapat balik cuti sem awal tahun depan? oh no!! takkan nak terperuk kat sini je? kelmarin mesej Hafiz and tanya dia betul ke nak banjir nie? dia kata berkemungkinan tak sebab hari tu dia ada balik Perlis dan sungai kat Perlis dah didalamkan... sejauhmana tak tahu la pulak.. okay! bukan pasal hujan @ bajir yang saya nak ceritakan dekat post kali nie... actually hujan-hujan macam nie entah kenapa tiba-tiba teringat kat dia.. hehe... bukan sengaja ok? tiba-tiba je tadi teringat kat dia time tengah makan... hahaha...korang mesti cakap..."eiii tak de kena mengena tengah makan tiba-tiba teringat dia kan? tapi tu lah pasal..."
ceritanya macam nie... 10hb 11 2011 hari tu dia ada add saya balik kat facebook. waktunya petang. yakin sangat-sangat sebab sebelum naik bas ke Kedah magrib tu saya online facebook sekejap. dan tiba-tiba je nama dia muncul as a friend request saya. saya macam tak percaya.. kenapa pulak dia nak add saya balik sedangkan dia dah unfriend saya? kalau saya la kan... dah unfriend orang memang segan nak add balik! kena sagat muka kat jalan tar la dulu baru nak add balik!!! hahahaha.... malu kottt....tapi saya mengambil tindakan tak mahu accept dulu.. kenapa? entahlah... biarlah keadaan macam tu. saya tak tahu apa masalah dia sampai dia nak unfriend saya. dan kenapa dia add saya semula lagi la saya pelik.. saya ingat dia betul-betul maksudkan akan jadi kawan saya.. tapi....... entahlah..mungkin dia tak bermaksud nak jadi kawan saya. kalau macam tu biarlah keadaan nie macam nie je. biar selama-lamanya begini! adik saya pun dia unfriend jugak.. tak apalah awak, saya tak rugi apa pun kalau awak unfriend saya..

okay, nak cerita pasal semalam punya kelas management pulak.. kawan saya (Liz) asyik mesej je dengan pakwe dia.. saya tertanya-tanya jugak sebab sebelum nie biasa time tengah kelas dia akan tumpu je tapi semalam lain pulak jadinya.. dahlah semalam lecturer ajar cepat sempat pulak minah nie main mesej.. lepas tu tiba-tiba dia membebel.. mengeluh... bila saya tanya kenapa? dia cakap pakwe dia dah remove kawan-kawan yang tak penting dalam facebook dia... gambar-gambar pun pakwe dia dah remove... saya pelik.. kenapa mesti nak buat macam tu?? kalau alasan cemburu tak munasabah langsung..okay kalau nak remove gambar saya tak kisah sangat... mungkin pakwe dia tak mahu lelaki lain tengok kecantikan awek dia... non-sense! kau bukan laki dia nak mengongkong sampai macam tu ok?? entah.. saya emosi sikit kalau bab-bab macam nie... pada saya selagi dia belum jadi milik kita, dia boleh buat apa yang dia suka asalkan dia tahu jaga  agama, maruah, dan nama baik dia serta keluarga dia. means disini seseorang tu mesti pandai jaga diri dia whatever would happen! yang remove kawan pulak... hah!! this is also ridiculous! tahu kenapa?? hmmm... macam mana saya nak explain ek?? senang cerita lebih kurang sama la dengan ayat-ayat diatas.. tambahan je cuma... kalaulah ea... saya andaikan..'kalau'....kalau korang betul-betul 'jadi'...maksudnya you and your couple is going to be married.. so you all mesti nak invite kawan-kawan supaya you punya majlis meriah, kan? hebahkan yang korang dah kahwin.. betul tak?? saya tak percaya yang korang ada senarai alamat penuh atau no. telefon semua kawan-kawan korang... at least dengan adanya laman sesawang macam nilah korang boleh invite kawan-kawan korang datang dan berkongsi wedding day korang tu... dapat jugak jumpa kawan-kawan lama... secara tidak langsung hal ini boleh mengeratkan kembali hubungan silatulrahim korang... mana tahu kalau tiba-tiba korang perlukan bantuan.. at least masih ada kawan yang sudi membantu... tapi tak ke segan nak mintak bantuan kawan lama yang kita dah buang dia?? mungkin kita menganggap dia tak tahu kita dah buang dia tapi hakikatnya??? okay... tepuk dada tanya diri sendiri.

p/s: kalau 'awak' yang saya maksudkan tu ada terbaca post saya ni..please I need your explaination before I accept you once in my friend list.. itupun kalau awak rasa itu 'awak' yang saya maksudkan laa.. kalau tak, mungkin sampai sini sahaja. saya nak hantar mesej kat awak tapi tak ada box untuk hantar mesej kat awak punya facebook la pulak. nak hantar by phone tak kottt... sebab saya dah tukar handphone and semua no dah hilang. technical problem agaknya.. awak jangan expect saya nak pergi mintak no awak kat kawan-kawan yang lain because I would not do that.. bukan saya punca kalau persahabatan kita terputus.

0 komen buda chomel:

Post a Comment