Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum readers. Hari ni aku nak share something one
of pengaliran kasih sayang tulus dari hati yg paling ikhlas. Kucing. Binatang
yg manja sangat. Memahami. Menghargai. Sejak dari kecik lagi, rumah aku tak
pernah putus takde kucing untuk tempoh yg lama. Sentiasa ada. Kucing sebagai
penyeri rumah la senang cerita. Semua orang kt rumah saying kucing. Kami tak
pernah beli kucing. Mostly kucing datang..orang bagi..mintak kat orang..atau
pun datang beranak kat rumah pun ada. That’s the cat. The first cat yg datang
rumah; betina. Kita orang bagi nama dia Belontang; sebab banyak warna kt bulu
dia. Normally, kucing yg ada lebih dari 2 warna ni betina. Kucing sakit and
mati; really hurt ours. Sangat weh.. semua orang dalam rumah sedih.
Seingat aku, pengalaman pertama kesedihan dgn kucing is when
I was a kid. Nama kucing tu Nonel. Jantan. Warna hitam. Tapi ada bulu warna
putih kat kaki, it was like pakai stoking. Very manja. Memahami. Mak sayang
sangat ni.. Tapi mati sebab tua. Bergaduh, luka. Tak baik-baik.. Sampai
berlubang and berulat. End up dengan mati. Dulu, kucing-kucing kt rumah ni
pandai. Dengar je mak asah pisau nak siang ikan masing-masing berlari balik
sebab nk makan.. sekejapan je kucing-kucing dah berselerak kat bawah sinki. Lepas
tu dulu rumah aku rajin pencuri masuk. Aku tak tahulah apa yg menarik kt rumah
tu sampai pencuri rajin buat cubaan masuk rumah. Buruk je padahal rumah. Then,
2 3 hari sebelum hari kejadian cubaan pencuri masuk rumah tu mesti kucing kt
rumah dah gelisah. Mengiau tak berhenti. Keluar masuk rumah. Jalan sana sini. Dia
bg petanda, we call it. Yalah, binatang kan dpt rasa something bad will
happens. Anugerah Allah.
Before nonel pun ada satu lagi kucing; Kenet. Warna cicak.
Jantan jugak. Yang ni aku tak rasa sangat kesedihan because I was too kid on
that time. Maybe at 1 y/o. Yang ni kucing arwah embah sayang. Mati sebab gaduh
and orang nak leraikan tu pukul kucing. Something bad. Dia pukul kucing tu
sampai mata kucing tu terkeluar. Can you imagine how it felt? How it really
hurt the cat? It just a cat. Why you hit it? You suppose to jirus dengan air
laa bila kucing bergaduh, bukan ambik kucing tu or pukul dengan apa-apa objek. End
up; mati.
Next, Cakura @ Cemong. Yang ni special sebab ada 2 nama. We all
panggil Cakura/Kura. Tapi mak dengan AG panggil Cemong. Sebab? Bulu kat muka
dia macam pakai topeng. Warna hitam putih. Cantik! Manja sangat. Diba sayang
betul dengan dia. Tak pandai mengurat kucing betina. Tak pandai gaduh. End up;
mati sebab kena gigit ngan anjing. It was a sad moment. Really sad moment. Time
tu around 8 o’clock in the morning and I was studying at UUM, 2013. Diba bagitahu
pagi tu dia bg semua kucing makan, tp Kura tak balik. She searched it. Pusing keliling
rumah panggil Kura. At the end, dia ternampak ada benda warna putih terbaring
kt rumput. Dia ingat Kura baring kat situ. Dia pun pergilah kt situ sebab nak
ambik bawak balik makan, tapi lain pulak jadi sebab Nampak Kura dah tak
bergerak and bleeding! Terus la panggil AG. Sekali tengok dah mati, it really
hurts us. Macam mana tau kena gigit ngan anjing? Sebab malam or early morning
tu dengar gongong anjing and suara kucing, kuat. Lepas tu sayup-sayup je dengar
suara kucing. Ingat tak de apa. Tapi… hmm..
Lepas dari Kura mati, it was like mendung gila suasana
rumah. No more kucing!
Tapi…tak boleh. Tak lama lepas tu ada kucing datang beranak
kt rumah. Hehehe… semuaaaa warna putih! Aku namakan dia Nunan; sempena nama
hero pahlawan dari novel trilogy thriller – Laksamana Sunan. Kecik lagi dah
mati sebab sakit. Berak-berak. Sedih aku…
Next, ada anak kucing datang rumah. Cantik. Comel. Manja. Gemok.
Bulat. Warna cicak. Aku namakan dia; Bucuk. Bela punya bela. Tiba-tiba sakit. Lama-kelamaan
mati. Sedih sikit. Berat rasa dada ni time tanam dia. AG yang tanam. Kat belakang
rumah. Bawah pokok pisang. Cari tempat redup…
Next, ibu kucing sama yg lahirkan Nunan. Kali ni lahirkan
seekor lagi kucing. Warna hitam putih. Kali ni aku namakan dia Comot. Waktu kecik
sangattttt bulattttt.. geram! Garang pulak tu. Tak nak langsung kat orang. Duduk
kat luar rumah je. Main-main pun kat luar rumah. Lari sana, lari ni. Melenting sana,
melenting sini. Gemukkkkk.. bulatttt.. orang datang dekat; dia lari. Lama-kelamaan,
manja. Sangat manja. Tido pun dengan orang. Tiap hari, Comot membesar dengan
sihat, semakin gemuk, disayangi oleh seisi rumah, sasa dan sado, and of course
garang tu tetap ada. Sampai ada satu tahap tu, rindu sangat kt Comot and call
mak then suh mak loud speaker and bual ngan Comot. Sounds crazy kan? Tapi percaya
atau tak, Comot diam je dengar suara aku through phone! Gesel-gesel kepala dia
kat phone. Omg.. I’m crying! Then, comot ni dia sangat kuat makan. Lepas makan,
nak makan lagi. Dah makan, eh mintak makan lagi. Hahahaha… gemuk sangat, ekor
dia besar! Hehe.. Tapiiiii.. kegembiraan tu tak lama. Comot kuat gaduh. Pantang
ada kucing lain lalu depan rumah, dihambatnya kucing tu! Dibantai cukup-cukup..
habis luka satu badan. Lepas baik je, keluar lagi.
Sampailah satu tahap yg
pelik bila luka-luka kat badan Comot tak baik. Makin lama makin banyak, walhal
dah letak ubat. Penuh kudis kt kepala and telinga.. leher pun sama. Aku decide
bawak g veterinary. Then pegawai tu, which is jiran aku jugak cakap tu bukan
luka sebab gaduh. Tapi kena serangan kulat; Sporo. That was my first time
heard. Then I asked, how long it would be and what is the best medicine to treat
him? And the answered, there’s no medicine at all for this kind of sick. I felt
so down. Totally broken my heart. I felt bad. I’m questioning, how is it? How far..
and so on. Katanya memang takde ubat. Tp dia ikhtiar provide ubat just utk
kawal penyakit ni. Kalau pulih, memang takde. Then kt klinik tu just inject
anti-biotics and spray je. Time tu Comot diam je, tak meronta pun. Mungkin dia
tau, dia nak diubati. Diam je time kena inject tu. Dia pun faham agaknya yang
inject tu nak bg dia baik. Lepas dari tu, aku cari ubat yg pegawai tu suggest
kan. After all, Comot makin teruk. Now, sampai tahap susah bernafas and hilang
selera makan. Makin kurus dia. It’s really breaks my heart. Aku tak boleh terima.
Tak boleh terima dia sakit. Tak boleh terima Sporo tu takde ubat. Tak boleh
terima dia murung. Tak boleh terima dia macam tu.
And the worst part is, Diba pun dapat jangkitan tu.
Ya-Tuhan..dugaan apa ni? Kulat tu berjangkit kat mata kiri Diba. Tuhan…tabahkan
kami. She’s only my adik. Only one.i don’t have any adik. I only have her. She’s
more than adik, she’s my friends..she’s my partner in crime..everything. I just
can’t imagine if something bad happens to her. Allahu… sekarang dia dirawat
sebagai pesakit luar di Hospital Pakar Mata, Muar. Setiap minggu ulang-alik
hospital utk dapatkn perkembangan terkini. How lucky yang kulat tu kena kt luar
mata, bukan dalam anak mata. Then doctor bagi ubat utk itu. Alhamdulillah,
kulat tu makin mengecil. This is the second cases the doctors. First, kat
Terengganu. Second, Diba. Experience doctor tu is the previous patient semakin
sembuh pada ubat ke-4, tp Diba semakin pulih pada ubat ke-2. Alhamdulillah…
harapnya terus pulih.
Kat rumah, ada suggestion untuk buang je Comot tu. Tapi cadangan
hanya tinggal cadangan. I’m asking, sapa yang sampai hati buang kucing? Lagi-lagi
kucing yang pernah buat kita rasa bahagia? Tambah lagi dia tengah sakit, heyyy
nobody ever la. Comot dah biasa tido dengan orang. Berselimut. Tapi bila dia
dah sakit macam ni, dengan berdarah-darah dari luka yang tak henti-henti nak
baik tu..tak boleh la dia nak tido sama lagi. Sedih sangat dia. I can see it. I
can feel it. Tuhan je tau betapa aku tahan sebak tu. Disayang, dipeluk time
sihat. Tapi seolah dipulau ketika sakit. Aku tak boleh la kalau bab-bab
perasaan ni. Serius kalah. As for now, dia kat luar rumah je. Tido kat luar. Time
nak makan je baru masuk rumah. Lepas tu duduk luar semula. Ya-Tuhan…sedihnya
aku. Dia macam faham-faham dengan keadaan yang macam tu. Orang dah tak nak
dengan dia. Mungkin jugak dia dapat rasa yang dia dah tak lama je lagi.. Allah…
aku tak rela utk menghadapi kehilangan lagi, tp kena bersedia untuk tu.
Semoga hari yg bakal tiba tu, aku takda kat kampong. Kalau aku
ada time kejadian, aku tak yakin aku kuat untuk hadapi keadaan tu.
Dila.