today...(thursday....26th August 2010)









lately i'm interested in  photography....
agaknya mcm mana blh dtg idea ni ye????
x kisah la mana dtg idea ni pun yg penting i want to buy a new camera...
hari tu tinjau2 jgk kat internet...
search for how to be a photographer...
wah...amaizing! nak snap picture pun kena study first...
yg penting ilmu penuh didada utk hasilkan picture yg menarik...
mode apa yg sesuai utk snap sport activity...
supaya picture tu x nampak gegar...so fantastic!!!!
lens or zoom yg macam mana nk fokus kat satu2 benda walaupun benda yg kita nak amek picture tu dekat...
hebatla....
actually dgn jari yg kita tekan flash tu pun boleh sebabkan gegar walaupun kita rasa mcm x gerak langsung masa snap tu...
sebab tu la photographer ni guna tripod...
pastu i try la survey price for this camera...
urmmmm...lumayanlah...rangka je da rm3000...blm siap dgn accesories kot????
my friend's brother have one...harga dia.....cecah rm5000....
hmmmm...bila ye agaknya boleh memiliki kamera ni???
terpaksa kumpul duit la...hihihi...



pic ni aku amik kat bilik seni smk Labis..
cantikkan??
panDai diaoRang lukis ek??
kaLAu sURUh aku LukiS macAm ni mST x jd pUNYa!!!
MANUSIA lahir ke dunia kerana cinta antara Adam dan Hawa. rasa pesona dengan penuh kenikmatan telah membuatkan pasangan bercinta saling hidup pengaruh-mempengaruhi dan lengkap-melengkapi. memang benar cinta boleh datang dan pergi. malah ada arus yang dapat mengubah persepsi manusia sehingga mereka boleh lupa pada cinta yang lalu. hakikatnya cinta dunia hanyalah habuan sementara pada hati yang dahaga. perpisahan amat menyakitkan,kekecewaan amat menyeksa. tapi masih ada yang setia menanti mengharap agar cinta yang pergi itu akan kembali. atas landasan tanggungjawab dan ikatan suci,maka manusia belajar untuk mempertahankan cintanya. hingga walau disepak terajang atau dilanda banjir besar,cinta tetap disitu dan begitu. sebab itu,diwujudkan satu ikatan perkahwinan. hadiah kebahagiaan dan kenikmatan akan dimiliki oleh hati-hati yang menghargai dan menjunjung nilai perkahwinan. tetapi manusia yang menderhaka dan mempermainkan cinta dalam perkahwinan akan sentiasa menggelupar kepanasan hinggalah dia bertaubat. cinta tidak boleh menjadi murni atau tulus kalau bukan hati manusia yang menjadikannya begitu. cinta hanyalah seperti sehelai kain putih yang belum dicanting. lalu hati-hati manusia yang datang membawa pelangi dan mencantingnya menjadi baik nan indah. kemudian dengan akal yang waras yang dikurniakan Allah kepada makhluk terpuji ini,cinta akan disarungkan ketubuhnya sebagai pakaian harian. yang jahat dan laknat itu pun adalah hati manusia yang mendurjanakan cinta. hati yang bertunjangkan nafsu dan dengki kesumat inilah yang merosakkan cinta. manusia leka bila bercinta,apatah lagi kalau cinta penuh nafsu. tetapi ingat, yang bersalah bukan cinta tetapi manusia! manusia yang menodai cinta adalah manusia yang tidak sayangkan dirinya sendiri. kerana hidup yang bertunjangkan nafsu seumpama binatang. jadi jagalah adab sewaktu bercinta. jangan mengaburi nafsu atas nama cinta kerana kedua-duanya datang daripada unsur yang berbeza. cinta tidak akan bertakhta pada hati yang penuh nafsu. cinta hanya akan singgah pada hati yang tulus ikhlas mengasihi pasangannya. cinta bukan sepotong roti yang boleh dibahagi-bahagi. hanya ada satu cinta luhur dihatimu. itulah cinta yang dapat menerangi dan menunjukkan kamu ke jalan yang benar untuk menjadi manusia yang berguna.