jumaat, 10/12/2010, 12.45pm

sedang enak mata aku meniti bait2 novel 'cinta kepala batu' karya ayu emelda lamunanku terhenti seketika...

telefon bimbitku membingitkan lagu 'dilemma'...

huh!!mesej drp siapa pulak nie...mengacau betullah orang tengah layan feeling nie...ceh!

rasa malas semakin menyelubungi diri ini tp tanpa aku sedari kaki malas ini menuju ke meja tempat aku meletakkan telefon bimbit korporat milikku...cewah!sony w900i je...

hmmm...mesej dari bestfriend aku rupanya...



"Babe..so sad my result drop again..Maybe nxt sem pun same! all myrmate already sucess 2 DL 1 3 pointer.. me? so losser.."


ape ni??x paham la...yg mula2 faham tp yg tang..'all myrmate already sucess 2 DL 1 3 pointer.. me? so losser..' aku da x faham...heheh...



lantas aku mereply..."x phm...xplain.."



kawan aku yg bernama atiqah ni pun balas..."result menurun lg kali ni lebih teruk! setiap sem menurun! mcm mana smbung degree."   sedihnya aku dengar...actually kami berdua mmg kawan baik sejak dr sekolah rendah lg sampailah sekarang...can you imagine??sekolah menengah kami terpisah sbb berlainan sekolah...jd baru2 ni kami bercadang kalau aku dpt sambung study kami nak satu universiti...x kisahlah x satu kos pun x pe...x satu bilik pun x pe...janji satu u...



mesej aku: "truk sgt ke turunnye?bpe beza pointer sem lps ngn kali ni?"



bila dia mesej aku mcm nie aku dpt rasakan dia mcm dlm keadaan tertekan...



mesej tiqa: "sem lepas 2.84 n now 2.69..but i pass every subject..babe tau x rmate aku 2 orunk dekan,,sorunk 3 pointer. aku?



mesej aku: "La..ye ke??hmm..jgnlah kecik hti sgt..kau ada 2 sem lg nak tibai cukup2..msh blm t'lmbt tiqa..hmm..ok la tu dpt 2.69..at least subjek2 yg kau tkt failed tu x failed kan??yeah..kau ptt b'syukur..mgkn ada org yg lbh kcewa drp kau..jdkan pointer sem ni sbg titik tolak kau utk tros lipat kali gandakn usaha kau utk tros bjye..mgkn jgk stnding dgn yg lain2..yg pntg selagi kau blm konvo,kau still ada pluang utk dpt pointer yg lbh tnggi..yg pntg usaha...ok??jgn sdh sgt..."



mesej tiqa: "yer usaha! tp ak takt tak dpt..lg 2 sem nk tbai,sgt skt..kalau tambhkn all result at the last sem blm mampu nk target 3. ak slap atur..should get 3 pointer pd prmulaan..tp nthlh. sush la cte2 ak..nt."



mesej aku: "kau ni blm msk gelanggang dh mngaku klh ke??jgnlh rse dri trok sgt wei,,semangat...semangat...semangat!!!kau tibai je cukup2..success depends on what u do with u..kjayaan s's'org d mse hdpn bkn d'ukur dgn ape yg dye dpt pd mse lalu tp b'gntung pd usaha dye yg skrg...so,don't give-up..truskn bljr n jge kshtn...jgn give-up!"



mesej tiqa: "babe..ntahlah weyh susahnya nk dptkn 3 pointer...2.69 sgt truk kalau 2.5 tu da kre spatutnye siap2 kluar. kwn2 ak sume mngkt tp ak mnurun! apa nk jd nie? knp ad orunk yg x bljr sungguh2 pun bleh bjaya?"



alamak aih...sedih la pulak ayat minah nie...kdg2 soalan yg sama berlegar2 d fikiran aku...hmmm...sesungguhnya setiap orang yg Tuhan ciptakan tu ada kelebihan and kekurangan msg2...terimalah seadanya...mana ada orang dlm dunia ni yg sempurna..betul x??lantas...aku teringat ayat seorang teman aku ketika aku belajar di teknik dulu...faiza syafiqah kassim...





mesej aku: "kau jgn fikir -ve..sstgh org mmg nmpk mcm x bljr sungguh2..tp dye cpt tngkp time dlm kls..sstgh org pulak kne study last2 minit tp dowg dpt tngkp wlaupn time tu mmg clumsy..so mcm kte2 ni yg x bpe nk pndai n x bpe nk x pndai ni knelh maintain dr awal sem..yg pntg usaha bru twkl..Tuhan dah tntukn rezeki kte semana kan??sbrlh..mgkn ada hkmh ni yg kau blm nmpk..Tuhan tu maha mngthui, tiqa...



dan...tanpa aku sangka2 dia reply..



"Terima kasih jadi kawan aku adilla."


sebenarnya dlm banyak2 kawan yg aku ada hanya dia sorang je yg pernah ucap kata2 nie...kawan sejatilah katakan! dan sepanjang 19 tahun aku hidup nie..baru pertama kali aku dpt ayat nie...I'm really appreciate it,tiqa...thank you to you too for being a good friend...



mesej aku: "It's my pleasure..dan aq tetap jd kwn kau smpai ble2 pn..."   ya!aku akan tetap jd kwn dia sampai bila2 selagi takdir menentukan segala2nya....she is my dearest bestfriend!



tiba-tiba..mesej tiqa sampai...



"Hahaha...ayt mcm org da nak mati." 




mesej aku: "Hehehe..bak kata laksamana sunan dlm novel trillogi 'bgaikn pu3'...  "mati itu pasti dan hidup itu insya-Allah"



dan kami pun terus bermesej2 lagi...buat aku teringat pd kawan lama...noor hazlina yg telah berpindah ke kelantan masa darjah tiga dulu...lina,kalau kau ada baca entry nie..please...please...please....tinggalkan komen...kita da lama lost contact...we miss you crazily...
diceritakan sebuah kisah...
ahad malam isnin bersamaan 5/12/2010 yg lalu...kira-kira jam 10.30pm...
sedang asyik aku menelaah subjek pengajian am 1 (sebab esoknya ada exam)
aku terdengar satu perbualan antara my cousin and his friends yg padaku agak menganggu kerana yg lain2 dah tidur...so agak sunyi malam tu..yg kedengaran hanyalah perbualan bujang2 terlajak itu...hehehe...
i don't know the exact perbualan...tp cukup buat aku tertarik....beginilah perbualan mereka.....


"perempuan kalau nak nikah kalau x ada wali kan kena guna wali hakim,kan???"  my cousin's friend said.


aku dengar lepas tu senyap je...mungkin mereka semua mengangguk...mana aku tahu sebab aku x ada dengan mereka...aku cuma pendengar yg memasang telinga gajah...huhu...


sambung lagi..."ada sorang tu nikah...x ada wali...tapi guna wali songo..."


aku cakap dlm hati...'nikah guna wali songo???ehhhh?biar benar...???takkan kot??'


tiba-tiba ada seseorang yg aku x cam suaranya berkata..."wali songo?"


abang yg timbulkan isu tu pun sambung cakap lagi..."a'ah...nikah...tp letak gambar wali songo...kira macam wali jugaklah tu...."


yang lain2 apa lagi...berderailah ketawa!!!!hahahahahahahahahahahahaha....
aku yg tengah baca sistem kehakiman masa tu dah x concerntrate....elok2 tgh pening+serabut kepala otak agak release kejap la bila ada sesuatu yg buat aku terketawa...hehehe..


sambung lagi..."tapi yg peliknya...ada pulak tu yg kata 'sah!'..."


kawan2 lain pun menyampuk..."eh! macam mana pulak boleh kata 'sah'??mana boleh macam tu..."


inilah dia...cepat sangat menyampuk cakap orang...!x sabar2.....!


abang tu sambung lagi...alah yg timbulkan isu kahwin guna gambar wali songo tu la..."huh!!!yelah sah...sah kena serbu lepas tu..."


dan mereka pun ketawa serentak....termasuk aku...!


hahaha...ada ke patut nikah guna gambar wali songo???tak patut betul...tapi aku x sure la cerita ni betul atau x...atau mungkin ini sebahagian daripada perbualan bujang2 terlajak tu...kalau betul mesti ada bahan bukti...ataupun mungkin cerita ni betul tapi sengaja dilawakkan...i mean..saja2 buat pernikahan palsu..macam kita kecik2 dulu..main kahwin2..main masak2...tapi dia orang lagi advanced sbb rakam!macam main2 tp dirakam..nak buat orang ketawa dikala tekanan menghimpit minda...dapatlah kurangkan sedikit ketegangan....


yakjuj-makjuj.jpgYakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:

Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:

Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.
Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-

Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.

Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”

Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,

Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)
Siapakah Dajjal?

Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.

Di mana keluarnya Dajjal?

Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang ia sampai.

Dakwaan Dajjal sebagai tuhan

Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.

Makanan Mukmin di zaman Dajjal

Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kongtang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:

Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.
Berapa lama Dajjal bermaharajalela?

Dalam hadis diceritakan:

Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?

Baginda s.a.w. menjawab “Empat puluh hari – Hari yang pertama: panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua: panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa”

Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”

Baginda s.a.w. bersabda, : “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”
Gelaran Al Masih

Semasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.

Pada masa itu juga berlaku “zalzalah” (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal.

Seperti ditulis sebelum ini, Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa yang akan turun selepas Imam Mahdi:-
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:


    • Asap,

    • Dajjal,

    • Binatang,

    • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,

    • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,

    • Yakjuj dan Makjuj,

    • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,

    • sekali di barat dan

    • yang ketiga di Semenanjung Arab

    • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

      (H.R. Muslim)
      Sejarah dan fakta telah membuktikan bahawa abad ke 19 adalah milik Kristian, abad 20 dikuasai Yahudi dan abad 21 adalah milik Islam, InsyaAllah.

      Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perkara ini di antaranya:

      Abu Hurairah (RA) meriwayatkan dari Nabi S.A.W yang bersabda: “Kiamat (as-Sa’ah) tidak akan berlaku sebelum orang Islam memerangi Yahudi dan orang Islam akan membunuh mereka dan menyebabkan orang Yahudi berlindung di sebalik batu dan pokok, sehingga batu dan pokok akan berkata, “Wahai orang Islam, Wahai hamba Allah! Orang Yahudi ada di belakangku, sila datang dan bunuh ia” (HR Muslim)

      “Tidak berlaku kiamat sehinggalah dibuka Rom…” (HR Muslim). Hadis ini berkaitan kebangkitan Islam di Eropah Barat.

      Namun, kemenangan Islam tidak akan datang dengan hanya berpeluk tubuh. Perjuangan, kesungguhan dan pengorbanan umat Islam diperlukan ke arah kejayaan ini.

      Kata pujangga agung Dr. Sir Mohd Iqbal,

      Oleh itu, wahai para muslim!

      Baca sekali lagi,

      Pelajaran mengenai kebenaran,

      Keadilan dan keperwiraan!

      Hanya dengan itu sahaja,

      Allah akan menganugerahkan kepadamu,

      Kepimpinan bagi seluruh dunia!

      Iman yang kukuh,

      Usaha yang berterusan,

      Dan cinta menguasai dunia,

      Ini semua adalah pedang-pedang,

      Untuk para perwira,

      Bagi perjuangan dalam kehidupan!
      Wallahu’alam.







      Aku bertanya pada alam semesta tentang arti “CINTA”, lalu satu demi satu mereka menjawab…

      Bumi menjawab:

      “CINTA adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan akan itu. Ia memang diinjak dan dihinakan, tetapi ia tak peduli. Pikir Cinta hanya memberi, dan itu sajalah inginnya.”

      Air menjawab:

      “CINTA adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih rasa kesukaan, kerelaan akan keterikatan, kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih yang luas sebagai naungan segala perasaan

      Api menjawab:

      “CINTA adalah panas yang membakar segala, ia memusnahkan untuk dapat hidup dan menyala. Demi merasakannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kedurhakaan.”

      Angin menjawab:

      “CINTA adalah hembusan yang menebar sayang tanpa tahu siapa tujuannya. Orang bilang ia buta, sebab itu inginnya. Ia tak terlihat, tapi tanpanya segala raga akan hampa.”

      Langit menjawab:

      “CINTA adalah luasan tanpa batas. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali bahwa cinta itu bahagia yang biru, atau derita kelam yang kelabu

      Matahari menjawab:

      “CINTA adalah hidup untuk memberi energi kehidupan dan cahaya harapan. Ia tak akan lelah memberi sampai ia padam dan mati.”

      Pohon menjawab:

      “CINTA adalah akar yang menopang segalanya. Ia tulus hingga tak perlu terlihat dan dikenal. Tapi ia terus memberi agar batang bahagia tetap kokoh abadi, berbuah dan berbunga indah.”

      Gunung menjawab:

      “CINTA adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu demikian tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah, Ia akan meleburkan sekelilingnya dengan lautan lava cemburu yang membara.”

      Lalu, Aku bertanya pada CINTA:

      “Wahai CINTA, apakah sebenarnya arti dirimu??”

      CINTA menjawab:

      “CINTA adalah engkau patuh terhadap-Nya, meski kau tak melihat-Nya. Engkau tidak mencium-Nya atau meraba-Nya, tapi engkau patuh karena engkau merasa akan hadir-Nya. Sebab CINTA bukan indera, tapi adalah rasa.”

      “CINTA adalah engkau takut akan amarah-Nya, dan takut jika Ia meninggalkanmu. Takut jika Ia tak menyukaimu lagi. Lalu engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat dengannya, bahkan jika engkau harus menderita, atau yang lebih mengerikan dari itu.”

      “CINTA adalah engkau menyimpan segala harapan pada-Nya dan tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selamanya. Cinta adalah engkau setia menjadi budak-Nya, yang engkau hidup untuk-Nya dan mati untuk kesukaan-Nya akan dirimu, hidup dan mati untuk Dia. Engkau berusaha sekerasnya agar engkau diakui, hanya sebagai budak, sebagai hamba.”

      “Diatas segalanya, CINTA adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain, selain pada-Nya. Engkau rindu akan hadir-Nya dan melihat-Nya. Engkau suka apa yang Ia sukai dan benci apa yang Ia benci, engkau merasakan segala ada pada-Nya dan segala atas nama-Nya.”

      Aku lantas bertanya pada CINTA:

      “Bisakah aku merasakannya?”

      Sambil berlaru CINTA menjawab:

      “Selama engkau mengetahui hakikat penciptaanmu dan bersyukur dengan apa yang Dia beri, maka itu semua akan kau rasakan, percayalah padaku tambahnya….”

      Aku pun Berteriak, “Wahai KAU SANG MAHA PECINTA terimalah cintaku yang sederhana ini, izinkanlah aku merasakan cintaMu yang Maha Indah…”