Assalamualaikum.

Hai semua. apa khabar? lama kan aku x update ape2 cerita kat blog ni. rasanye kalau boleh bersawang pastinya bersawang blog nie. kalau ade yang tertunggu-tunggu tu sorilah ea (ade ke yang tertunggu-tunggu cerita aku nie) hahaha. 

okay macam ni. ekceli seminggu ni (4/4/13 hingga 13/4/13) cuti mid sem uum. jadi aku decide x balik johor. maka bertapa dan kerassss la aku di uum nie. hahahaha. eh tak adelah sampai keras kan. ekceli aku join aktiviti. dengan siapa? of kos la dengan kawan-kawan yang tak balik rumah. kebetulan sem ni aku rapat dengan Dang. dia ni sangat aktif aktiviti-aktiviti outdoor nie. dengan dialah aku berkenalan dengan aktiviti kayak yang selama ni aku tak pernah buat pun. hahahaha. seronok. ok bab berkayak aku tak nak citer lagi, now aku nak citer pasal program ke sungai itek, Perak tu. 


at first tu Dang tag nama aku kat poster promosi program tu di fb. so aku just like jelah then saje cakap main-main nak g program tu. pahtu dia tag lagi nama aku kat poster promosi g pulau perhentian. ouhh yang ni aku eksaited! sebabnye aku nak sangat sangat sangat try buat snorkelling. kalau boleh scuba pun nak try jugak. semua-semua tulah. tapi....bukankah aku ni tak reti berenang? tapi aku abaikan semua tu. hahahaha. tapikan korang aktiviti kat sungai itek tu which is waterfall abseiling, white water rafting and caving -  Gua tempurung tu aku memang tak pernah buat. ni pun eksaited gak. sedangkan abseiling pun tak pernah buat ni lagi nak buat waterfall abseiling. "this is crazy dila kalau kau nak buat mende-mende ni semua" i talk to myself. ok fine. ni mungkin aku boleh try. tapi macam mane pulak dengan white water rafting????ekceli macam berkayak la jugak. tapi ni guna boat yg pam angin tu, then berkayak kat air terjun which is sangat deras then ade jeram sikit. sikitlah. tak tinggi pun jeram tu, tapi bila lalu memang terbalik boat then terminum air that's normal. hihihi.

2 minggu before bagi nama for join program tu memang aku berbelah bagi. setiap hari hanya ade satu persoalan je yang muncul kat otak serabut aku nie. "Mampu ke aku buat aktiviti-aktiviti tu semua? mahunya kalau tak lemas, mati terus". hahaha...dasat ek? seriously aku bukan orang yang lemah semangat. tapi aku punya keyakinan diri kureng sikit. sebab tu soalan-soalan tu je yang muncul. aihhhh.

then sehari sebelum bagi nama tu aku g program profas (proton fasilitator) untuk berkayak di tasik mas. aktiviti kayak kat tasik mas tu memang kelab kenu yang pegang. so habis je program kami tu around 7.30pm  dorang promote pasal program dorang ke sungai itek tu. memula dorang cakap bayaran around RM250 tapi kalau dapat penajaan mungkin boleh dapat sampai RM200 je. to me it ok la tu sebab include semua. makan, minum, aktiviti, transport, penginapan. malam tu jugak bagi nama. bila dah buat bayaran semua-semua tu tibalah masa kami bertolak...jeng jeng jeng...

malam sebelum bertolak tu semua ajk dan peserta program (seramai 21 orang) ke sungai itek diberi taklimat ringkas perjalanan aktiviti kat sana. dan kami jugak dapat baju program! yeayyyy. kaler oren tau!

WE'RE READY TO GO!!!!!!!
Jumaat, 5/4/13 - 4pm. kami bertolak ke Sungai itek, Gopeng Perak dengan menaiki bas uum. oleh kerana tak ramai orang dalam bas kami decide sorang utk 2 kerusi tempat duduk. hahahaha gile kuasa! almost sepanjang perjalanan hujan. so x boleh laju sangatlah. around 10pm maka sampailah kami secara officially kat Gopeng perak. bas x boleh masuk sampai tapak kem. omaigadddd! kami disuruh naik lori. seriouslahhhh wei. aku tak pernah seumur hidup ni naik lori tau takkk! rasa macam nak memberontak pun ade. kalau duduk kat kepala lori tu boleh terima lagi ini masalahnye naik kat belakang tu hah. ruang letak barang! omaigaddd..dengan kena memanjat lagi tu. tinggi! tapi nasiblah dang cakap, "Takpe dilla. boleh. mesti kau akan rase seronok. try la". aku hanya mampu senyum je time tu. dengan lafaz Bismillah aku pun melangkah naik. dengan hujan lagi. arghhhh. stress betol. pahtu lori lak jalan. memula tak stabil tapi lama-lama ok. aku ingat aku je sengal dalam lori tu tapi ade lagi minah sengal. boleh lak bukak payung. hmmmm bagus! jahanam le payung kau itu. hahahaha. tapi time tu aku just sangkutkan sweater je kat kepala. sejukkkk wooo. sebenarnye ape yang dang cakap tu betul. best sangat sangat sangat sangat wei naik lori tu. kat situlah i can laugh. i can lambai-lambai orang (perasan miss world). i can see others. best! dengan angin yg kuat + hujan lagi. memang seronoklah. then sampai tapak kem around kol 11pm. kem kami tu namanya kem hanifah. briefing sikit-sikit pahtu taklimat sikit. minum malam sikit. pahtu layan movie dengan dorang-dorang nie sikit. hahahah. sume sikit ek. last-last masuk bilik around 2am.





Sabtu, 5/4/13. bangun pagi. solat subuh berjemaah. Azman jd imam. tenang je rasa utk setiap bacaan dia. beruntungnya zaujah dia nanti. siap je solat masuk bilik, pakai lens. then tolong dorang buat breakfast. sebab ni outdoor activity so kenalah masak sendiri. how lucky yang pihak kem sediakan tempat memasak. siap dapur gas lagi tau. siap je sarapan around 8.30am we're ready for waterfall abseiling. jantung aku berdegup. "ok ke ni dila? mampu ke aku?" lepas je diberi penerangan serba sedikit, mampu tak mampu, ok tak ok aku dengan dang antara orang first try waterfall abseiling tu. hahaha. nampak tak kegelojohannye tu???just time nak tolak badan kebelakang tu payah sikit la sebab nak beratkan badan kita kat punggung. sampai sakit pinggang aku tolak badan. tapi time tu dah siap-siap pakai tali and ape ntah name mende tu yang kena pakai kat pinggang tu.seriously seronok! korang bayangkanlah ea..korang turun dr batu yang tak berapa tinggi just nice around 10 meter je then air turun kena kat korang. best giler! dengan air deras lagi sebab kat belah atas maybe hujan. nasib baik je tak de kepala air. i did it very well. yeayyyy. siap je buat semua tu tiba giliran orang lain pulak. then aku yg dah siap ni apa lagi. main air jelah kerjanye. pahtu ramai-ramai naik balik kat tempat air terjun tu. serius deras air kat situ. kitorang try la berdiri ramai-ramai sambil pegang tali yang dh diikat kat batu tu secara melintang then g kat tempat air jatuh. bergegar otak wehhh...serius! sampai ade yang nak terlepas pegangan tali. tapi nasib baik ade orang tahan. perghhh..pengalaman yang memang tak boleh dilupakan. ekceli kalau budak tu which is Azman (imam solat subuh kami tu) terlepas pegangan tali tu. we just can't imagine sebab kat bawah tu ade batu-batu lagi dengan air yang deras. semangat kena kuatlah kalau nak terus hidup. hahaha. around 1pm semua turun. balik kem dah. before tu betulkan tudung dululah kat cermin motor...dan akhirnya berjaya jugak anak pacat tu menggigit aku!!!!!!!whoaaaa...it was my first time tau kena gigit dengan pacat. adui. tapi pacat tu pun menggatal gak. ade ke dia gigit kat tulang pipi rahang aku????aihhhhh...mahunye menggigil tangan aku tepis pacat tu. nasiblah dia baru gigit sikit tu yg senang tepis. anak pacat je pun. akibatnye berdarah ajelah tempat tu...terusan je berdarahnye. lama lak tu. 

Gambar ihsan abang Google. waterfall abseiling kat Gopeng.

sampai je kem terus tolong masak. pahtu mandi. pahtu makan. pahtu solat. agak-agak around 3.40pm camtulah aku ngan dang dah boring. ade yang dah tido. aku tak boleh tido. so decide nak main air. maklumlah kem ktorang tu betul-betul sebelah sungai kampar. can u imagine????air yang deras, jernih, sejuk depan mata???sape yang tak geram kan? so kami mintak kebenaran pengarah program which is Azman utk mandi. dia kata ok tapi dengan syarat pakai BA la..sebabnye kena pakai? seminggu sebelum kami g program ni, ade student uum mati lemas kat Tasik dayang bunting, Langkawi. dak tu x reti berenang dan kedalaman tasik tu 30 kaki. can u imagine??rupanya dasar tasik tu ade pelantar lagi. bila jumpa mayat kepala dia dh pecah then darah still mengalir dr telinga.,mulut...mungkin kepala dia terhentak kat pelantar atas tu kot time dia nak naik. camne aku tahu???sebabnye kawan aku which is Mawi pun ade kat tempat kejadian. dorang ade program time tu. budak-budak air-force. kebetulan kan ade LIMA'13 time tu. ok stop! 

then kebetulan si Azman ni bawak tilam angin dia tu. apa lagi. dengan gembiranya kami bawak tilam tu g atas lagi. so aku, dang and azman naik atas tilam angin tu. main hanyut-hanyut. and this is the greatest experience ever! just dayung sikit-sikit guna tangan. yuhuuuuu seronok gile! dengan air deras. kalau ade batu besar bawah air tu kan air akan bergelombang tau. dengan sengaja ktorang pun lalu la kat gelombang air tu. then menjerit...wowowwwwww...gile seronok! almost maghrib gak la main air. yang terbalik dalam air lain, yang menentang arus deras air lain, letihnye pun lain citer gak. pokoknye memang best! at the end dah penat main air aku dgn dang still lagi kat air. just Azman je yg dah kat tebing keluarkan angin dalam tilam tu then awek dia datang. mungkin kena tegur kot sebab main air dengan pempuan. uppppssss.

Inilah tilam angin Azman yang kami guna utk main hanyut-hanyut. 3 orang sekaligus naik mende alah nie. best!

malam tu kami main game. true or dare. ramai pilih dare. tapi ktorang decide utk tak bagi buat yg melampau-lampau laaa...buat ape yg ade kat depan mata je. contohnye habiskan 2 botol air dalam beberapa minit. makan biskut kering 15 keping. habiskan 1 cawan barli. bila kena kat turn aku, aku pilih utk true! dan entah kenapa semua budak-budak ni bersorak...aku lak yang berdebar bila Mat semat cakap "okayyy semua. cepat nak tanya ape kat dila nie. korek-korek rahsia dia sebab dia pun baru lagi dengan kita". can u imagine kalau dia tanya soalan yang mencemaskan aku???arghhh....x sanggup! sedang dorang-dorang ni semua berfikir..dang datang dengan soalan yang menyelamatkan aku kira. "Antara aku dengan Chia sapa yang kau sayang?" dang tanya. 

dan malam itu terus berlalu dengan cerita-cerita hantu.....

Ahad, 7/4/13 - bangun awal pagi macam biasa. solat. sarapan. ok hari ni aktivitinya ialah white water rafting!!! huhuhu...inilah yang paling aku takut untuk semua-semua aktiviti. coz to me this activity is very challenging. entah kenapa. mungkin sebab mengharungi air deras. pahtu x reti berenang even pakai BA. perjalanan kami adalah yang terpanjang iaitu kira-kira 10km. nasib tak berapa baik sebab kawasan tu tak hujan. walaupun air tetap deras tapi tak sederas kalau hujan. kalau hujan, kami x penat sangat sebab tak payah forward kayak sangat. sebelum beraktiviti tu ktorang kena buat water confident dulu. air memang laju. tengs to air-air kat sungai kampar tu sebab menghilangkan dahaga aku...dan menyakitkan hidung aku. (tertelan air dan termasuk air dalam hidung....memang sedapppp). bila dah start raft tu memang seronok! boat terbalik. boat tersangkut kat batu. boat hampir terbalik. eiiii macam-macamlah. satu boat tu boleh muat 7 orang termasuk guide. sepanjang raft tu aku memang enjoy laaa...tapi entah kenapa dengan group tu aku tak boleh masuk laa..tak tau kenapa. group aku tu 4 perempuan, 3 lelaki (aku, dang, fatin, yati, zikri, syafiq and pakcik guide). 

We're ready for raft!!!!!! 

aktiviti tamat around 2pm. sampai kem tukar selipar then masuk air lagi. habis tangan and kaki. sume kecut. kulit-kulit mati sume kembang. hahaha. hah! time ni aku tak tolong masak pun sebab dah berendam dalam air berjam-jam. paling syoknye dorang bentang ground sheet kat tepi sungai then ktorang makan tepi sungai. serius macam berkelah! seronok sangat sangat sangat. lepas makan g tangkap anak ikan guna besenlah..guna penapis airlah. hahaha. memang best. yang muda ke yang tua ke semua join. tak kira umur dah. yang penting semua enjoy. dah boring main tangkap-tangkap anak ikan, main hanyut-hanyut lak dengan dang guna tilam angin azman. kali ni ktorang g lagi jauh sebab sampai jambatan kampung. sampai terpaksa suruh budak-budak lelaki kampung tu tarik ktorang. hahaha. kegilaan sungguh!

almost maghrib baru naik darat. itupun lepas melantak mee kari and sirap bandung dekat kampung tu. dengan basah-basah tu selamba je masuk warung. semua orang tengok. hihihih. malu tak malu tetap jugak nak try mee kari kat situ sebab ramai yg cakap mee kari dia sedap. 

malam tu BBQ! aku just tolong basuh ayam je. hihihi. pahtu aku g melepak kat unggun api yang dorang buat. aku, dang, azman, yat, yaz, wawa...ktorang borak-borak pasal pengalaman. mostly pasal hantulah. azman la paling banyak bercerita. banyak betul cerita dia pasal hantu-hantu nie. hahaha. pahtu abang apit datang. borak-borak pasal pengalaman hidup dia lak. last-last dekat kol 2am kot aku balik bilik. mata dah tak tahan. berat. penat. mengantuk. esok kena bangun awal nak caving!

Murtabak megi pun disediakan tau..

Ayam panggang! ni menu utama kami...gojes!

Sosej panggang.

Siap ade unggun api tuuuu..

Isnin, 8/4/13 - terasa hari berlalu dengan cepat. petang nanti dah balik uum. so bangun awal pagi. solat. sarapan pagi. around 9setengah pagi gerak g Gua Tempurung. sebelum caving tu main-main dulu kat playground depan gua. hehehehe. dah macam budak-budak. depan gua tu ade tasik. cantik! macam dalam je tasik tu. airnya tenang je. kat luar tulah kami terjumpa dengan traveller. dari korea tau. dia kat Malaysia ni dah 2 bulan. lepas Malaysia dia d Taiwan lak. balik korea bulan julai nanti. perghhhh gila seronok hidup dia. lama betul travel. sakan laaa ktorang ber-oppa dengan dia. berspeaking korean dengan dia. pahtu bila dia balas balik dah tak tahu nak balas cakap dia...hahahaha. nama dia mingyue oppa. aku suruh dia kirim salam kat Kim Hyung Joong. pahtu dia kata dia x layan drama korea.hahaha...running man pun tak layan. pahtu aku suruh dia kirim salam kat Girls Generation....gelak je dia. ooouhhh GG tahu.hihihi. entah pukul berapa kami diarah berkumpul utk masuk gua. memang cantik.



ni tasik yang ade depan gua tempurung. cantik,kan.

Subahanallah. indah sangat ciptaan-Mu. korang tahu tak kat dalam gua tu terbentuk pelbagai rupa hanya dari titisan air dari stalactite and stalagmite. ade bentuk kaki perempuan, kaki kuda, dolphine, perempuan mengandung dengan rambut mengurai, monyet bawak kereta, kalimah Allah, peha ayam goreng, harimau, muka M.Nassir, pau....banyak lagilah. pahtu naik tangga yang amat banyak. lenguh kaki. menggigil kepala lutut aku tau tak. rasa macam nak give-up pun ade. pahtu jalan punya jalan....ouhhh ade peninggalan sejarah tau! ade tulisan cina sekitar tahun 1959 kalau tak silap aku. lagi...jalan lagi. pahtu ktorang keluar dari palang pagar yang ade then bermulalah menggelongsor, merangkak, meniarap, masuk dalam lubang, membongkok,  meredah air dalam gua...satu pengalaman yang x boleh dilupakan. time menggelongsor dengan masuk lubang tu guide turun dulu, pahtu yang lelaki turun dulu utk sambut perempuan. kalau x sambut, guide tu cakap boleh effect kat lutut sama ada terkehel atau patah. bahaya sikit kalau yg x biasa. pahtu jumpe air mengalir deras dalam gua. macam air terjun. jernih sangat air tu. aku minum air tu. rasa macam air biasa. sejuk! sedapnyeee...dahlah time tu tengah haus. arghhhh nikmatnye.

caving kami tamat sekitar jam 2pm. balik kem. masak. mandi. siap-siap. berkemas. makan. taklimat terakhir. beli baju as a souvenir. baju Radak Adventure kaler light green. balik uum. 








Tengs to Radak Adventure yang arrange program ktorang..

0 komen buda chomel:

Post a Comment