Lakaran hidup penuh kedukaan,
Kebahagiaan dijamah bak embun di daunan,
Seketika cuma, tidak tertahan
Mungkin semuanya ketentuan Tuhan,
Siapa sangka simpulan kasih terungkai?
Cinta terlerai di puncak mahligai..
Siapa duga hati beralih arah?
Sumpah setia hancur dan punah..
Aku yang lemah akhirnya kecundang
di garisan belakang,
Mengertilah aku yang hidup ini
tidak seindah yang kita impikan..
yang pernah kau janjikan......
Saat aku kehilanganmu,
Langit kelam, alam bagaikan membisu,
Sebak dada menyaksikan kau derita,
Tidak tertadah juraian air mata,
Kiranya dapat aku putarkan masa
akan ku ubah perjalanan kehidupan
moga bahagia hatimu tetap berkekalan,
Apakan daya
Aku manusia biasa,
mungkin dulu langkahku tempang,
Gagal menghidu kedukaan yang mendatang,
Tapi kini, sumpah aku pertahan!
Sejarah itu tak mungkin terulang.
Sejenak kaki itu terpaku dari meneruskan
langkah tempangnya,
Lihatlah, dihadapannya berdiri gagah seorang lelaki
yang sentiasa dinanti,
Pandangan rindu yang menyesakkan dada,
mereka seolah-olah tidak terkutik walau sedetik,
Tanpa sebarang ungkapan
mata seolah-olah bicara,
Aku cinta kamu,
Aku rindu kamu,
Ingin saja aku khabarkan seisi alam,
Tapi sayang,
Hati itu telah dimiliki,
Aku cuba tersenyum,
Aku cuba membunuh mahligai impian,
Saat pertemuan itu tidak mampu
memanggil hati yang terpaling segera bersedar.
Assalamualaikum readers... apa khabar hari nie? sihat tak? saya sihat macam biasa.. Alhamdulillah.. so hari ni saya nak kongsi sedikit cerita tentang hujung minggu saya, okey?? di Kedah ni kan Jumaat dan Sabtu cuti hujung minggu.. so saya dan kawan-kawan pakat pergi Jitra.. nak tengok Ombak Rindu.. hahaha... dah seminggu di pawagam baru nak tengok ke, dila? haha... lantaklah janji saya tetap nak tengok sebab orang cakap cerita ni agak sedih walaupun tak macam novel. biasalah adaptasi novel.. so saya pun memonteng seminar GCB sekerat hari... hehehe~ jangan marah ye... sampai Jitra Mall je dah pukul 12.15.. cepat-cepat pergi tingkat 3.. yes! tiket kali ni tak sold out.. ok kami nak tengok pukul 12.50 punyalah!!! sebab nanti boleh cepat balik... eh! tengok-tengok tempat duduk yang kosong jarak jauh-jauh.. kami nak duduk dekat-dekat... nak 4 seat yang dekat.. si Fad pulak tak nak.. adoiiii... last-last kami beli tiket yang pukul 4 punya.. alamat memang balik lambat la... perghhh!!! berejam-jam dekat Jitra! penat wehhh... dahlah pakai heels.. sebab dalam plan cuma nak tengok wayang lepas tu balik, tapi nak kena tunggu berejam-jam ni tak kan nak duduk tercongok aje?? so kami pun meronda-ronda la sekitar-sekitar tu... sumpah!!!!! penat! pukul 3 kami masuk mall semula.. lepas sembahyang zohor kami pun ke kerusi mengurut Gintell.. saje nak mengurut.. lega la sikit... sementara tunggu pukul 4 kami pergi minum sekejap..


sebagai kenang-kenangan.... keluar bersama..


yang ni Farah manja... hehehe~

habis je Ombak Rindu ~ kami pun balik ke UUM menaiki teksi dengan bayaran RM30 perjalanan sehala dari Jitra ke UUM selepas teman Ciah ke RHB Bank.. sumpah penat weiii.. kalau saya tak pakai heels tadi memang saya steady je.. tambah pulak semalam pergi kelas pun mengada nak pakai heels kononnya nak matching dengan baju laa.. kan dah penat! padan muka.... tapi kan readers.. dah memang lumrah perempuan.. nak aje tampil menarik walaupun hanya memakai t-shirt.. betul tak?? yup! nak tampil cantik tu sebenarnya sakit... tak percaya? okay macam nie.. kalau you all nak beli baju, mesti kena ada duit kan?? nak duit kena kerja.. kerja penat tak?? mestilah penat.. mana ada kerja yang tak penat.. penat tu sakit kan badan-badan you all??? sakit weyyy... 

okay now saya nak komen pasal filem Ombak Rindu ~ kalau ada 10 bintang saya bagi 1 bintang aje.. kenapa persoalannya... okay macam nie.. saya tak kisah dengan pelakonnya.. cuma bermasalahnya part ni sangat pendek-pendek.. tak sempat nak feel dah tukar babak lain.. ye saya faham dia nak kejar masa.. dan mengikut kata pengarah filem tu Osman Ali ni tak puas hati sebab banyak sangat babak yang dipotong gara-gara nak cukupkan 2 jam.. so kepuasan untuk saya menonton tu memang kurang sangat-sangatlah.. saya cuma menangis sekali je.. part Hariz tuduh Izzah perempuan sundal even time tu Izzah isteri dia sendiri dan time tu Izzah tengah pregnant dan Hariz tak tahu Izzah pregnant.. tu je.. saya pun pelik ada orang komen yang cerita ni sedih sangat-sangat sampai nak keluar panggung pun segan sebab mata sembab gara-gara menangis dalam panggung.. hisyhhh! tak sedih pun.... entahlah... mungkin saya ni susah nak dapat feel kot?? hahaha~ tak tahulah...

sampai je bilik dah pukul 7.38pm.. pukul 8.45pm ada majlis friendship dekat Galeri Proton.. maklumlah saya ni stay kat DPP Proton.. so kena la pergi jugak walaupun malas sangat-sangat time tu.. bila Fairus dan Mira datang bilik barulah saya siap-siap.. dan saya sediakan beberapa video yang sempat saya rakam sewaktu majlis berlangsung.. tak semua saya rakam sebab time tu mood memang tak ada, dan saya rakam pun untuk disimpan sebagai kenang-kenangan saya di UUM sebagai freshie nie... huhuhu ~ maaflah ye kalau kualiti tak bagus sebab saya bukan pakai iphone 4 pun... hehehe ~ coming soon...


bolehlahhhhhhh.... =)


yang ni kawan saya, nama dia Ciah.. task nyanyian ni pun spontan je.. balik-balik Jitra dengan penatnya dah dapat arahan supaya perform malam nie... actually malam ni jugak dia kena pergi 'searching for a star' sebab dia terpilih suku final... tapi dia tolak... sayang, kan??? tapi apa nak buat... saya sebagai sahabat hanya menyokong keputusan dia...


yang ni memang tak aci.. ade ke perform padamkan lampu?? mengelat betul JKPS ni tau... tapi rupanya dia nak tanyang slaid sambil perform... lantak koranglah...


panjang pulak speech Syahmi ni...


baju merah yang pakai pashmina tu.. wah!! asyik melaram ipad je 24jam... x jeles pun tapi.... hihihi ~ kelakarlah dia nie.... upppps! bukan mengumpat, mengata je... hehe ~ sori ye bang!


untunglah jadi pasukan sorak terbaik DPP Proton... kan dah dapat hadiah bear besar...


okay.. nak tunjuk hadiah ciput cabutan bertuah saya nie.. hehe ~ ingatkan nombor 116 takda ong... rupanya ada... Alhamdulillah rezeki...




lek elehhh... ingat bagi duit... hehehe ~

hmmm... tadi saya telefon AG.. AG cerita la yang tadi semua orang dekat rumah tak ada.. dia orang keluar.. AG ingat dia orang pergi ambil saya, kot saya balik rumah ke.. sebab tadi AG macam dengar suara saya.. eiii peliknya?? AG dengar saya cakap macam ni... "Diba, kau buat apa kat dapur tu?" sebab saya ni kalau kat rumah memang jerit je kalau nak cakap... hehehe ~ mesti korang tak tahu kan? memanglah tak tahu sebab rumah korang tak dekat dengan rumah saya... tu hah.. jiran-jiran dah biasa je dengar saya macam tu... hehe ~ tapi rupa-rupanya mak yang panggil diba... biasa mak panggil diba... 'adik'... ni panggil 'diba' la pulak... dahlah hari tu diba mesej saya.. katanya dengar saya panggil dia masa exam fizik hari tu... eeeiiii... seramlah pulak.. saya kat Kedah, kuatnya suara nak panggil diba kat Johor???? dah tu diba asyik terpusing-pusing cari suara saya... hmmm tak kan rinduuuu?? relaxlah... cuti sem bulan satu ok? sekarang dah 9hb disember.. 

doakan saya ye? saya nak final dah nie.. harap-harap sem 1 ni saya skor 3.7 ke.. bolehlah saya grad dalam 1st class degree.. lepas tu apply ph.D terus sebab UUM bagi pelajar 1st degree terus buat ph.D kalau dia dapat 1st class laaa... amin3...! mudah-mudahan saya ada rezeki itu... belajar rajin-rajin, dila... ~
Assalamualaikum readers...ha! post kali ni saya share sedikit story pasal weekend yang hampehhh sangat-sangat... penat + sakit hati + tp dalam masa yang sama agak gembira sebab dapat shopping... hehehehe... hanya saya dan kawan saya je yang keluar.. saya dan Ciah.. kami ke Jitra.. wahh! sampai ke Jitra weyyy... haha... lain kali bolehlah sampai ke Alor Setar pulak ye.. haha... lepas tu boleh la ke Thailand pulak... hamboiii... semakin panjang pulak langkah saya nie ye?? hihi.. time ni la nak berjalan, kalau tak bila lagi??? malam sebelum ke Jitra tu dah plan.. tapi still samar-samar lagi.. betul ke ni nak g Jitra? sebeb esoknya tu ada acara.. malam ada perasmian sukan siswa/i.. lepas tu nak teman Ciah g audition- searching for a star.. tak tahu nak g mana satu? kalau g Jitra mesti baliknya tu kami dah penat.. aduh! lepas tu bila fikir-fikir balik.. ada program hand-to-hand dekat D'Mas.. tapi sebab saya tak ada kawan nak teman, last-last tak beli pun tiket tu.. Dr. Fazley ada tau! bestnyerrrr... hahaha...~ bila dah pagi tu saya g bilik Fad.. wah! baru nak bangun tidur.. surprise me! g bilik Ciah pulak.. lagi best... tengah tidur! hmmm... x jadi pergi la nie... saya pun balik bilik saya la.. nak buat assignment la macam ni.. kol 8.50 Ciah datang bilik saya,

"Dila, nak pergi tak?" tanya Ciah.

"Ewah... anak dara ni dah pukul berapa nak g? konon malam tadi pagi-pagi nak g jogging dulu la.. nak praktis suara la...macam-macam plan.. bangun pun lambat.. macam hampeh je". saya perli dia tuu... haha~ rasakan! malam tadi plan cantik je... last-last hampeh tebu je!

"Hihihih~ alaaa malam tadi Ciah tidur lambat la Dila.. jam 2 baru tidur berbual dengan kak norji". Ciah cuba beralasan..

"oohh.. ok la.. nak pergi mana satu ni?" tanya saya malas.. terus je straight to the point kan senang...

"Jitra??"

"hah???! serius?"

"Yelah.. kata nak tengok Ombak Rinduuu"

saya pun segar balik...hehe~ yelah dah sebut filem yang saya nak tengok sangat-sangat tu kan.. "Betul ke Ciah??" tanya saya untuk mendapatkan kepastian...

"Yelah.."

"Okay.. tapi selain kita? Farah nak buat assignment.. Fad??"

"Nanti Ciah tarik Fad kalau Fad tak nak pergi". Wah! konfident je cakap ek..siap nak tarik-tarik bagai...

"Okay. tapi kol bape nak g??" (biasalah orang Johor cakap semua nak short-form.. pukul jadi kol.. berapa jadi bape... pergi jadi g... telefon jadi tipon)

"Jam 9??" (ha! yang ni orang Sabah.. 'jam')

"Gila kau! sekarang dah pukul 8.50pagi.. nak siap-siap 10 minit aje ke? mandi pun tak lagi ni..."

"Hahahaha... okaylah.. pukul 10".

"Okay.. nanti dah siap aku g bilik kau".

"Okay.."

dan kami pun bersiap.. tepat 9.20 aku dah siap.. hahaha~ dengar pasal ombak rindu laju je bersiap.. cuba kalau nak g kelas.... capai je handbag terus g bilik Fad... mak oiiii!!! pakai baju tidur lagi?? tengok korean movie lagi?? biar betul minah ni??

"Wei kau g tak ni??" tanya saya.

"Tak lah wei. kau g dengan Ciah ajelah. aku nak tengok ni...." kata Fad sambil menunjuk ke skrin laptopnya dengan jari-jarinya yang 'sedikit meruncing' tuu... hihi~

"Okay bye".

sampai je bilik Ciah, dia tengah pakai tudung. "Weh.. Fad tak g.. dia nak tengok korea". beritahu saya.

"Hah?? alaaa Fad ni memang tau... korea aje".

bla...bla..bla...teman Ciah breakfast dulu... bla.. bla.. bla... g Jitra naik kereta sapu dengan orang India.. lelaki pulak tu.. lelaki lagi tu.. dan aku duduk tengah! arghhh stress! nak Viva.. aduhaiii.. kenapalah tak tawarkan alphard je sebagai kereta sapu..



banyak perbezaan kedua-dua nie.. hehehe~

bla.. bla..bla... tambang dari UUM ke Jitra sorang RM10.. okaylah.. nasib baik orang India tu turun kat Changlun je.. pakcik tu turunkan kami kat Jitra Mall.. Roomate saya cakap Jitra Mall tu besar.. best.. tapi bila saya sampai.. okay la.. tak la besar sangat.. 3 tingkat je.. ingatkan macam BP Mall tapi jauh sekali perbezaan.. tapi bolehlah kan.. pakcik tu cakap mall ni dulu tapak sawah and now jadi mall.. fakta tu ajelah buat saya terpegun... dan tepi- tepi tu adalah kedai-kedai lain.. first place saya g ialah pawagam! excited punya pasal.. last-last dia bukak kol 1.. macam hampeh! we decide laa nak g round-round dulu.. shopping jap... makan dulu.. sampai kaunter tiket kol 12.40.. ehh.. ada stiker la.. 

"tiket Ombak Rindu
2pm dan 6pm
sold out"

whatttt??? biar betul?! hmm.. semalam punya kot? sedapkan hati laa.. bila dah sampai turn kami, and tanya la.. yup! betul-betul dah habis.. hampeh! takkan nak tengok kol 10 malam? nak sampai UUM kol bape? tentulah kol 12am waktu last masuk UUM.. gila!


                   sebagai ubat sakit hati~


apa nak buat ni ye untuk redakan perasaan?? main bowling laa...


dan hasilnya.... taraaaaaa!!!



lepas tu shopping kat Guardien sekejap..saya beli nie ha.. tapi lupa nak snap pic sebelum tu, terpaksalah search kat pakcik Google.. hehe~







tak dilupakan juga....~


biasalah 'hantu novel' mana- mana saya pergi, pasti sebuah novel akan dijadikan sebagai buah tangan untuk diri sendiri..hehehe~ selain tu adalah jugak beli seluar.. mangkuk yang tahan panas.. nak buat masak maggi ke.. hehe.. nak simpan sup ke... bolehlah guna mangkuk tu... hihi~ nanti bulan 1 nak pergi Jitra lagi, kali ni dengan wawa pulak.. dah plan nak shopping kasut pulak.. haha...~