Dear all,
Assalamualaikum readers. Sori sebab dah lama tak updated story kat blog nie ek? Lately ni saya busy sangat-sangat-sangat-sangat (nak menunjukkan betapa ke'busy'an tu sampai 4x sangat..hehehe). Kelas setiap hari pukul 8 pagi..habis pukul 7 kalau hari ahad sebab ade EEP.. kalau hari lain habis kelas pukul 3 setengah. hari selasa tak ade kelas tapi kena buat assignment laaa discussion laa..ape laa...sampai tak ingat nak updated story kat sini, kan? okayy..actually saya baru je lepas habis exam mid-sem tadi (around 10pm) so, adalah masa sikit untuk diluangkan kat blog yang sentiasa terabai nie..hihihi~
Hmm...nak story ape ek??tak tahulah...hihii~beberapa minggu tak updated sepatutnye banyak nak diceritakan tapi saya pun tak tahulah nak story pasal ape..hahaha~hmm..life in campus biasa-biasa je macam selalu..oh ye!baru teringat..saya nak share pasal Hari Ko-K ke-5 tahun 2012 di UUM laaa...

first, kita start dari sesi perlantikan saya sebagai Pengerusi sub-unit Hortikultur di Unit Perniagaan Tani. actually saya jd Pengerusi sejak dari sem 1 lagi, so jurulatih nak kekalkan AJK so still la jadi Pengerusi. Lepas tu 17/3/2012 ada meeting antara setiap Pengerusi dan Setiausaha dengan Timbalan Pengarah Pusat Ko-K UUM. adalah beberapa perkara yang dia bagitahu, and yg paling utama is...Pengerusi dijemput hadir ke makam malam di EDC,UUM...huhuhu~seronoknyerrrrr....dahlah first time masuk EDC...wow!!terpegun gitu! sangat exklusif tempatnye...hehehehe~ (kalau sem depan pun jadi Pengerusi lagi bagus jugak nie..hehehehe~dapat makan steamboat lagi...hahahaha...kenyangggg...)




second, 30/3/2012....tibalah hari perasmian Hari Ko-K ke-5 tahun 2012..nak tahu tak siapa perasmi majlis tu?? Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah...senang cakap anak Sultan Kedah laa...wah!dapat jumpa anak Sultan..ehem3..face to face lagi tuu..anak Sultan Johor pun saya tak dapat jumpa face to face..maklumlah handsome sangat, takut tak boleh tidur malam..hehehehe~(okay mengarut nie!)...dan yang paling istimewa sekali ialah....siap dapat bergambar lagi Tunku Puteri Intan Safinaz..wahhh!!teruja!tapi picture tu ade kat kamera jurulatih sub-unit Perniagaan Tani yang lain tapi tak pasti yang mana...saya dah bg email pada jurulatih saya dan mintak dia sampaikan pada jurulatih tersebut supaya dia boleh emailkan picture tu kat saya but until now there had no respons yet.. :( takpelah tunggulah sikit hari lagi..nanti bila dah dapat saya pos kat sini okay?paling penting saya seronokkkk sangat sepanjang hari Ko-K Fest tu berlangsung...berjalan merata-rata ke booth orang..macam-macam gelagat saya jumpa..saya sempat upload gambar-gambar tu di facebook...cari saja Humaira Aisya yang ada profile picture perempuan pakai tudung putih dan purdah sambil tunduk kepala...okayyy???tapi tak semualah gambar-gambar tu saya upload...hanya beberapa je..bakinya sebagai koleksi je,,hihihi ;p


third, yeayyyy khamis malam jumaat nie (5/4/2012) saya bergerak balik Johorrrr.....how I miss my place..huhu~mestilah rindu..tempat sendiri, kannn...hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri..lebih baik hujan batu dinegeri sendiri....doakan agar perjalanan saya selamat sampai ye. Dan seperti biasa saya balik bersama wawa! my partner..huhuhu~ hopefully bas kali ni tak ade masalah macam balik time final dulu..hope jugak bas jalan on-time sharp pukul 7 setengah! cewahhhh~ dah semangat balik rumah nie..orang je kat sini, tapi semangat..perasaan..hati..semua dah dibawa pergi dan sampai ke rumah...bukan nak buat ape sangat kat rumah tu..asyik2 bergaduh je dengan Diba tuuu...tapi yelah, best jugak kecoh-kecoh nie..kat sini tak dapat nak kecoh-kecoh sangat macam kat rumah...hahaha~


Assalamualaikum readers... how are you?? good I hope. dah lama, kan saya tak updated story kat sini? how I miss to do that everyday or maybe every week. tapi apakan daya, masa tak menyebelahi saya. okay, let's start with my first story. Actually, I had change my name in my facebook account. wanna know?? Is Humaira Aisya.. kenapa pilih nama tu? sebab saya baca buku motivasi, tajuknya "Bagaimana mahu secantik Aisyah isteri Rasulullah?".... and nama Humaira tu kan nama manja Aisyah yang Rasulullah panggil yg bermaksud pipi yang kemerah-merahan. So, I decide la dengan mengadanya nak tukar nama di facebook. but, some of my friend ask me, I ciplak nama dr novel ke? yg tu takkkk... but they said, ada nama tu dalam novel yang pernah dibaca.. but I don't know whether the name is really existence in the novel or not... lagipun saya berkenan la dengan nama nie.. look like a very politely girl, isn't??hahahaha ~

second story, seboleh-bolehnya saya nak belajar dengan sepenuh hati supaya saya mendapat kefahaman dalam pembelajaran. setiap hari saya ingatkan diri supaya niat saya kesini (UUM) untuk menimba ilmu. bukan untuk perkara-perkara lain, jauh sekali untuk bercinta. Actually, I'm not ready to love someone yet. not now. tapi saya jugak rimas dengan kehadiran lelaki-lelaki yg cuba untuk men'tackle...cewah! memelayukan bahasa inggeris pulak!! hahaha ~ tak adelah... saya tak kisah la kalau mereka nak tackle ke ape ke.. tapi boleh tak buat dengan cara yg bersopan?jangan buat sampai saya rasa RIMAS! hahaha ~ wah! amaran tuuuu... tadi awal-awal dah beritahu niat datang sini nak belajar, kan? ni apesal pulak tetiba kata kalau ada lelaki nak men'tackle tak kisah pulak?? hahaha ~ kepala otak pun dah naik biollllll....

third story, rinduuuuuuu....rinduuuu sangat dengan wawa...tadi baru dapat jumpa dia after almost 2 week!!wahhh ~ lama gilerrr tak jumpa dia...makan-makan sambil borak-borak je.. also miss my lovely family... ='(
walaupun kat rumah selalu gaduh dengan diba, tp best jugak! kat sini tak ade pun nak jerit kuat-kuat... nak bermalas-malasan... nak macam-macam lagi laaaa... stress jugak! rinduuuu nak makan sambal belacan macam kat rumah, kat sini sambal belacan dia TAK SEDAP! depa tak reti buat sambal belacan.. hahaha ~

fourth story, oh hati! dengil sangat kenapa nie??? kenapa masih terasa debaran kehadiran dia? tolonglahhhhh... hentikan semua ini...!
Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi saya masih diberi kesempatan untuk menyambung pengajian saya.

baru je masuk sem 2.. tiada apa yang berubah..masih di bilik yang sama, posisi yang sama, dan roomate yang sama.

semalam (18/2/2012, sabtu) jam 8am selamat tiba di UUM..hadapan bus stop DPP Proton bersama teman baikku, Nur Azwa binti Mansor.

Insya-Allah, azam sem baru ni saya nak:
1. mengamalkan cara hidup yang sederhana...(actually dah tanamkan azam ni since sebelum naik sem 2 lagi..hehehe)
2. nak study kuat-kuat..maksudnye study rajin-rajinlah.
3. nak berlemah-lembut dan bersopan-santun...

Insya-Allah...tapi yang no.3 tu macam ye tak ye je saya ek??hehehe...cayok2..usaha dulu, kalau x boleh..dah memang sebati dalam diri tak boleh jadi selemah-lembut dan sesopan-santun seperti yang diinginkan atau diimaginasikanlah...alah, macam dalam novel-novel yang selalu keluar tu..yang perempuan mesti lemah-lembut dan sopan-santun...kadang-kadang berangan je nak jadi semacam begitu..tapi selalunye macam hampeh..tak menjadi pun...kalau dah ketawa tu tak de makne reti nak tutup mulut...kalau dah nampak longkang tu x de makne nak cari titi kalau nak menyeberang, makin dilangkah aje longkang tu....susah ke nak jadi wanita  gadis yang lemah-lembut dan sopan-santu...kalau nak jadi gadis lemah-lembut dan sopan-santun mesti dia orang:

1. ketawa sambil tutup mulut.
2. mata tu tak galak memandang orang atatu pun tak berani nak bertentang mata lama-lama dengan si teruna.
3. kalau ade longkang tak dilangkahnye longkang tu. dia mesti lalu kat titi.
4.bercakap dengan menggunakan nada yang perlahan tapi bukan berbisik.
5. sentiasa menayangkan muka yang manis..(kira macam sejuk mata memandanglah...)
6. mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup.

Perkara paling utama dia mesti buat ialah......dia mestilah sangat-sangat menjaga agama, kehormatan, dan maruah agama, diri serta keluarga dia....

p/s: selalu je berangan jadi macam nie suatu hari nanti...hehehehe....berangan je!

Selamat sejahtera ke atas kamu wahai pembaca yang beragama Islam.. serasa sudah lama saya tak updated blog nie.. ada ke orang yang ternanti-nanti ceritera saya ni ye??hihihi~ berangan je..! sebenarnya kebanyakan ceritera saya berkisar kehidupan je.. hmmm...apa ye yang nak dikongsi disini? oh ye! lupa nak bagitahu yang saya sekarang ada di Labis, Johor.. maklumlah cuti sem..hihi~ nak tahu tak.. berat badan saya dah bertambah tau.. 5 kg!!!!mmg gila! kenapa???kenapa???kenapa???!stress sgt!!!!!for your information berat badan saya x pernah melebihi 47kg..and now 50kg..mmg sesuatu yang amat...amat...amat...sukar untuk diterima akal!!!adakah sebab makanan di UUM murah2??ah sudah!!nak salahkan makanan murah pulak..diri sendiri yang makan tak ingat..ceh!hahaha~ bersenam pun malas..lepas makan..mengantuk...mulalah aktiviti membuat tahi mata...so bila kat rumah nie, kena kemas rumah pagi2.. anggaplah satu senaman jugak... kurangkan makan sebab dah menghadap novel.. makan novel jelah nampaknye ye...hahaha~

Cinta adalah santapan jiwa.
Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong.
Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cinta juga seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali.
Seperti sinar matahari, tidak memilih siapa yang ia sinari.
Sentiasa memberi kehangatan di hati.
Assalamualaikum....dah lama rasanya saya x updated blog nie kan??bukan x ada masa tapi x tahu nak share story apa..pagi tadi mak telefon dalam pukul 9 setengah tapi masa tu saya tidur lagi, so mamai-mamai la angkat called tu...mak tanya tengah tidur lagi ke...lepas tu mak suruh saya call dia nanti...dalam pukul 11 lebih macam tu saya dah bangun la...telefon mak, tanya kenapa....rupa-rupanya mak mimpi saya malam tadi, tu yang dia telefon saya...hmmm..mak kata dia mimpi saya manjat pokok kelapa tapi pokok tu x ada buah kelapa pun..mak tanya nak buat apa manjat pokok, dalam mimpi tu mak kata saya nak buang pelepah kelapa tu...dahlah pokok tu tinggi...tiba-tiba saya jatuh! bersama-sama 3 pelepah pokok kelapa...!!! berdarah hidung...tangan luka-luka...mak ceritalah yang dia fikir saya ni hidup lagi ke x kan....hmmmm...apa makna mimpi tu ha???mak risau...dia pesan exam tu buat betul-betul...saya pun risau la..x kan saya akan menemui kegagalan di U kott??dah jejak kaki, belajar di U x kan nak gagal????aduhaiiiii...risaunya...tapi kalau menurut realiti, saya memang x reti manjat pokok pun...apa lagi nak manjat pokok kelapa yang straight je tu, kan????mustahillah saya nak buat....tapi, apa makna mimpi tu???Ya-Allah...janganlah saya gagal belajar di U ni, Tuhan...berikanlah aku kejayaan supaya aku dapat membahagiakan dan membanggakan kedua ibu-bapaku, Ya-Rabb....Amin!