Assalamualaikum readers... huh! saya menempuhi sepanjang hari ini dengan sabar + tabah... okay let's straight to the point okay?? actually kelas TITAS saya hari ini telah digantikan dengan seorang lecturer yang sangat berwibawa berasal dari Nigeria.. lecturer sebenar saya, Ustaz Haji Mohammad Khadafi telah pergi ke Mekah bagi mengiringi jemaah2 haji.. kenapa sampai sekarang x balik lagi ustaz?? akibatnya sampai saat ni kitaorang bertukar-tukar lecturer.. aduhai!


hehehe...curi-curi snap pic nie time dia tengah mengajar...

sangat pelik tau gaya sebutan keinggerisan dia tu...contoh perkataan yang saya dapat tangkap...kalau perkataan 'civilization'...kita sebut 'civilizasyen' tapi dia sebut 'civiliza-si-On'....contoh lain 'people'..kita sebut 'pe-pel' tapi dia sebut 'pe-pu'... 'Hindu' kita sebut macam biasa tapi dia sebut 'Indu'... so anda semua mesti dapat bayangkan apa yang saya rasa dalam kelas tu, ye tak??? Now saya faham perasaan Wawa sebab dia kelas TITAS group A, biasanya group A ni kelas dia ada foreigner.. so mesti kena speak in English punya... pulak tu dapat lecturer foreigner... ting tongggg kepala nak faham apa yang dia cakap tu weiii....

okay, now second story...keluar je dari kelas E-Comm tadi nampak bmw 5 series... wowwww!! ter'springggg biji mata saya woook! this is one of my favourite car!!! so apalagi... dengan jelitanya kami pun nak bergambar dengan kereta mewah nie.. tiba-tiba si Taufiq pulak menyampuk... "Heyy.. apa korang buat dengan kereta aku ni hah??" kami hanya gelak-gelak je.. "perasaannnnnyerrr"... hahaha... berdekah ketawa!


amcam??? tengok agak real tak picture nie??dengan gaya si Taufiq tu... macam kereta dia la pulak...hehe...~

third story~ selepas je ber'posing dengan kereta mantopppp nie kami pun ke librarty untuk discussion... maklumlah kelas lepas kelas E-Comm dibatalkan, so kesempatan inilah kami nak discuss... bla... bla... bla.. balikkkk.... jalan kaki! penatnyaa... malas nak naik bus.. konon-konon nak exercise la... dengan cuaca panas terikkk.. perghhh... naik demam kottt! hahahaha~
Assalamualaikum...hai readers..how are you today?? Good I hope. tadi saya 'jalan-jalan' kat facebook Hidayat.. one of my classmate in form six. tetiba je ternampak picture nie:


actually saya baru je terjumpa picture nie..hehe..saya ingat..memang pernah snap picture nie tapi tak tahu guna kamera sapa.. at last jumpa jugak.

time nie  lepas majlis 1001 kenangan.. so semua upper 6 dengan lower 6 (yg terlibat) datang.. tapi yg ada dalam pic ni sikit je kan? tu sebab ada yang dah cabut dulu..tinggal ni je lah yang belum cabut lagi..majlis nie bertujuan meraikan pelajar upper 6.. maklumlah lepas tu dah blah dr sekolah..tu yang buat sedikit peringatan. apa-apa pun I really appreciate it! thanks semua yang terlibat. banyak sangat makanan yang sedap-sedap time tu.. hehehe...
Assalamualaikum...macam mana cuaca kat tempat korang hari nie? cerah @ mendung @ hujan?? hmm..hari ni cuaca kat Kedah hujan.. dah beberapa hari nie asyik hujan je.. risaulah.. berkemungkinan nak banjir.. tambah pulak dengan banjir kat Thailand tu nak ke utara Malaysia kan.. lagilah buat saya risau.. mungkinkah tak dapat balik cuti sem awal tahun depan? oh no!! takkan nak terperuk kat sini je? kelmarin mesej Hafiz and tanya dia betul ke nak banjir nie? dia kata berkemungkinan tak sebab hari tu dia ada balik Perlis dan sungai kat Perlis dah didalamkan... sejauhmana tak tahu la pulak.. okay! bukan pasal hujan @ bajir yang saya nak ceritakan dekat post kali nie... actually hujan-hujan macam nie entah kenapa tiba-tiba teringat kat dia.. hehe... bukan sengaja ok? tiba-tiba je tadi teringat kat dia time tengah makan... hahaha...korang mesti cakap..."eiii tak de kena mengena tengah makan tiba-tiba teringat dia kan? tapi tu lah pasal..."
ceritanya macam nie... 10hb 11 2011 hari tu dia ada add saya balik kat facebook. waktunya petang. yakin sangat-sangat sebab sebelum naik bas ke Kedah magrib tu saya online facebook sekejap. dan tiba-tiba je nama dia muncul as a friend request saya. saya macam tak percaya.. kenapa pulak dia nak add saya balik sedangkan dia dah unfriend saya? kalau saya la kan... dah unfriend orang memang segan nak add balik! kena sagat muka kat jalan tar la dulu baru nak add balik!!! hahahaha.... malu kottt....tapi saya mengambil tindakan tak mahu accept dulu.. kenapa? entahlah... biarlah keadaan macam tu. saya tak tahu apa masalah dia sampai dia nak unfriend saya. dan kenapa dia add saya semula lagi la saya pelik.. saya ingat dia betul-betul maksudkan akan jadi kawan saya.. tapi....... entahlah..mungkin dia tak bermaksud nak jadi kawan saya. kalau macam tu biarlah keadaan nie macam nie je. biar selama-lamanya begini! adik saya pun dia unfriend jugak.. tak apalah awak, saya tak rugi apa pun kalau awak unfriend saya..

okay, nak cerita pasal semalam punya kelas management pulak.. kawan saya (Liz) asyik mesej je dengan pakwe dia.. saya tertanya-tanya jugak sebab sebelum nie biasa time tengah kelas dia akan tumpu je tapi semalam lain pulak jadinya.. dahlah semalam lecturer ajar cepat sempat pulak minah nie main mesej.. lepas tu tiba-tiba dia membebel.. mengeluh... bila saya tanya kenapa? dia cakap pakwe dia dah remove kawan-kawan yang tak penting dalam facebook dia... gambar-gambar pun pakwe dia dah remove... saya pelik.. kenapa mesti nak buat macam tu?? kalau alasan cemburu tak munasabah langsung..okay kalau nak remove gambar saya tak kisah sangat... mungkin pakwe dia tak mahu lelaki lain tengok kecantikan awek dia... non-sense! kau bukan laki dia nak mengongkong sampai macam tu ok?? entah.. saya emosi sikit kalau bab-bab macam nie... pada saya selagi dia belum jadi milik kita, dia boleh buat apa yang dia suka asalkan dia tahu jaga  agama, maruah, dan nama baik dia serta keluarga dia. means disini seseorang tu mesti pandai jaga diri dia whatever would happen! yang remove kawan pulak... hah!! this is also ridiculous! tahu kenapa?? hmmm... macam mana saya nak explain ek?? senang cerita lebih kurang sama la dengan ayat-ayat diatas.. tambahan je cuma... kalaulah ea... saya andaikan..'kalau'....kalau korang betul-betul 'jadi'...maksudnya you and your couple is going to be married.. so you all mesti nak invite kawan-kawan supaya you punya majlis meriah, kan? hebahkan yang korang dah kahwin.. betul tak?? saya tak percaya yang korang ada senarai alamat penuh atau no. telefon semua kawan-kawan korang... at least dengan adanya laman sesawang macam nilah korang boleh invite kawan-kawan korang datang dan berkongsi wedding day korang tu... dapat jugak jumpa kawan-kawan lama... secara tidak langsung hal ini boleh mengeratkan kembali hubungan silatulrahim korang... mana tahu kalau tiba-tiba korang perlukan bantuan.. at least masih ada kawan yang sudi membantu... tapi tak ke segan nak mintak bantuan kawan lama yang kita dah buang dia?? mungkin kita menganggap dia tak tahu kita dah buang dia tapi hakikatnya??? okay... tepuk dada tanya diri sendiri.

p/s: kalau 'awak' yang saya maksudkan tu ada terbaca post saya ni..please I need your explaination before I accept you once in my friend list.. itupun kalau awak rasa itu 'awak' yang saya maksudkan laa.. kalau tak, mungkin sampai sini sahaja. saya nak hantar mesej kat awak tapi tak ada box untuk hantar mesej kat awak punya facebook la pulak. nak hantar by phone tak kottt... sebab saya dah tukar handphone and semua no dah hilang. technical problem agaknya.. awak jangan expect saya nak pergi mintak no awak kat kawan-kawan yang lain because I would not do that.. bukan saya punca kalau persahabatan kita terputus.
Assalamualaikum...hai! bertemu kembali kita nampaknya...so dipagi yang hujan renyai-renyai di Kedah ni saya nak share pengalaman tengok bola malam tadi..wah! satu pengalaman yang menakjubkan.. apakan tidak dekat kefe tu terbahagi kepada dua group.. satu group penyokong Malaysia, dan satu group penyokong Indonesia..hahaha... foreigner Indon la sokong negara mereka kan??? so apabila permulaan permainan je Indonesia dah berjaya gol kan bola, apalagi gegak gempita sekejap laaa kan...sorak menyorak mula berlaku...dan penyokong Malaysia nie dah tak senang duduk...mana boleh jadi nie! Go Malaysia, Go!!!!!


perlawanan yang sengit...dah masuk 2nd and 3rd round pun masing-masing tak nak kalah!!!akhirnya seri 1-1..


sepakan penalti pulak..saya percaya jantung penonton bola sepak malam tadi berdenyut lebih kencang dari biasa...betul tak??..masing-masing x senang duduk....tak tahu nak agak sapa yg menang malam tu....


dan akhirnya...........


yeahhhhhhhhhhhh!!!!!!!! Garuda tewas lagi di mulut Harimau...hahahaha......Malaysia menang!!! gegak gempita kafe Proton dengan sorakkan 'yeayyyyyyy'.... sambil terlonjat-lonjat...tepukan gemuruh.....tak kurang jugak aksi peluk-memeluk....dan tak kira lelaki atau perempuan semuanya jerit tak ingat dunia....hahaha...termasuk aku dan kawan-kawan aku yang lain....wehehehehe....tahniah Malaysia! nampaknya semakin ramailah anak-anak gadis tempatan yang semakin admire kat pemain bola sepak negara, ye tak????hehehe......
Assalamualaikum...hai semua..apa khabar?saya kat sini sihat-sihat aje macam biasa..Alhamdulillah..okay, post kali ni saya nak kongsi cerita..:
exam mid-sem dah habis..syukur sangat-sangat..saya cuma kurang berpuas hati dengan exam Sains, Pemikiran dan etika saya sahaja. nak tahu sebabnya??saya tak faham apa yang saya baca..it's all about falsafah..teori-teori yang banyak dan jugak tokoh-tokoh ilmuan..shit! dah baca tapi tak faham nak jawab macam mana soalan tu?dan selalu je guna ayat-ayat yang bombastik..ayat-ayat saintifik..jenuh la belajar macam nie..exam management pulak dah dapat markah..huh!saya dapat b- jer???!apa nak buat..redha jelah..salah saya jugak..exam malam tu, balik kelas pukul 2 petang tu jugak baru nak baca..hisyhh!kalau baca awal-awal entah-entah dapat a+ agaknye..hahaha..konfident tu!!exam prinsip-prinsip usahawan pun gitu jugak..exam malam, petang tu baru nak terhegeh-hegeh buat mind-map..baru nak faham..baru nak baca..senang kata time tu nak berak, time tu lah baru nak gali lubang..ceh!tapi saya puas hati laa..apa yang saya baca tu masuk dan ingat..huhu...tapi biasalah trick exam kan??tak tahulah saya tertipu ke x..markahnya x siap lagi..ok ni nak story pasal subjek kenegaraan pulak..yihaaaa!exam di padang..huhu..kami kena organise sukan rakyat..lepas tu sent report kat Puan Suhana..30%...tanpa baca buku! best, kan??math pengurusan..markah dah ade tapi Encik KamarunHizam malas nak bawa kertas yang banyak-banyak tu..aduh!katanya markah paling tinggi 57/60...dan paling rendah tu 16/60...walaweiii!!semestinya 57/60 tu bukan saya laaa ye sebabnya dalam banyak-banyak subjek saya amat lemah bab-bab mengira..boleh faham..tapi time tu je lah..kalau suruh buat lain alamatnya terkebil-kebillah...hahah...TITAS pulak x ada exam tapi kami diarahkan supaya membuat pameran pada 21/11/2011 hari Isnin di foyer library dari jam 8am hingga 5pm..markah 30% jugak..hohoho...oh ye!tadi (20/11/2011, 12.50pm) saya dan kawan-kawan saya seramai 6 orang kena buat role-play tau..hahaha...saya rasa macam boring je kami punya role-play tu..skrip pun main agak-agak dengan situasi je...tajuk kami ialah 'life on campus'...masa 20minit tapi kami lebih dari 20minit...ok la tu sebab lecturer nak sekurang-kurangnya 20minit..lebih x pe jangan kurang....saya x ada picture nak share sebab kami x bergambar pun time tu...permulaan kami pasang lagu 'I lay my love of you by westlife' and then kami menari lagu hindustan pulak...'koi mil gaya'...hahaha...lantaklah janji role-play tu happy...and rupa-rupanya feedback yang kami perolehi ialah mereka enjoy dengan role-play kami...hehe...x sangka!tapi pada saya macam dah boring je...bla..bla...bla...kelas EEP hari ni kami ditugaskan buat fashion show tapi guna recycle punya bahan...hahaha...sangat x boleh blah!dan oleh kerana dalam kumpulan kami cuma ada seorang sahaja lelaki, maka lelaki melayu terakhir yang segak dan tampan sehingga menggugat hati wanita saya ini menjadi model...hahahaha...dalam pada kami tengah siap-siapkan dia tu, mulut tak habis-habis membebel...aduh! aku gam jugak mulut dia ni nanti...ada je benda yang dia nak cakap...and lastly kumpulan kami dapat tempat ke-3...hahaha...actually semua kumpulan ada 3 je..means kami last laaa...apa nak buat..terima jelah...2 kumpulan lagi guna model perempuan...bolehlah diaorg dah siapkan nak pakai apa...kami je x sedia apa pun...minggu sebelum cuti tu kata fashion show ni buat betul-betul masa kelas EEP...diorg dah get ready mestilah boleh siap dalam 20minit je...kumpulan kami just buat pakaian melayu lelaki teluk belanga je...

                                                     dari kiri: chia, saya, farah, fad.


                                                      dari kiri: chia, saya, farah



                                                       dari kiri: fad, chia, farah

this is my bestfriends kat sini...selalu spend time sama-sama time hujung minggu..hanya hujung minggu je kami dapat spend time sebab semuanya lain-lain kos...
saya kos Bachelor Human Resource Management, Chia- Bachelor Sains Pemutusan, Fad- Bachelor Entrepenurship, Farah- Bachelor Development Management...
yang chia tu nama sebenar dia Samsiah bte Samsul, berasal dari Tawau Sabah..
yang fad tu nama sebenar dia Nor Fadzillah bte Jaafar, berasal dari Kuala Kerteh, Kedah
yang farah pulak nama sebenar dia Nor Farahin bte Mohd Salleh, berasal dari Sabak Bernam, Selangor..farah ni dia ada kakak kembar tau..nama kakak dia Fareha..muka dowg sebijik sama...hehe..bila tgk dowg mcm tgk cermin je...hihi..Fareha pon study kat UUM jgk..kos dowg pon sama..cuma duduk lain-lain DPP je..fareha duduk DPP TNB sama dengan wawa...ktorg duduk DPP Proton...alah sebelah2 je...
8 sebab kenapa perempuan bertudung lebih baik


1) Tuntutan agama
- Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa
- Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?

3) Lebih pintar dan tenang
- Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis
- Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
- Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi 
time orientasi saya rapat dengan mereka...kenal dengan mereka sangat best...

                                                           ila (tudung biru), syima (tudung coklat)



                                               dari kiri: syima, kak zack, saya.


                                                                       saya dan syima


                                                     dari kiri: nurul, ila, syima

                                 
                                                                       saya dan kak zack.

p/s: sekarang dah start kelas susah nak jumpa...masing-masing punya jadual lain-lain...kadang2 ade jugak jumpa syima kat kafe..nak jumpa yang lain-lain macam susah je...

Asalamualaikum...hai readers..apa habaq semua??hmm..dah bersawang blog sy nie kan??maklumlah lama dah x up-dated blog..tp selalu on9 bace blog org je..padahal blog sendiri terbiar..hehehe...maaf ye...sedikit ringkasan kehidupan sy sekarang nie...7hb september 2011 sy sah menjadi student Universiti Utara Malaysia (UUM)...apa perasaan sy??time tu biasa2 je...cuma waktu family sy nak balik tu air mata x usah cakaplah...berjurai2..ingat x nak nangis tp x boleh..plus time tu sy demam...hehehe..belum apa2 lg dah demam..actually sy demam 3 hari sebelum berangkat ke Kedah lg..tambah2 sy ni kalau tension je mst kena nangis..x tahu nape..huhu...satu kelemahan yg perit nk diungkapkan...dahlah demam + jam 1:45pm dah kena berkumpul (zohor masuk 1:30pm =terkejar2 nak solat) + fikir akan jauh dgn family lg...and finally seharian tu sy x makan ape pn...x selera..hehe...bla..bla..bla...sesi orientasi bermula...oh ye lupa nak bagitahu..kos sy ialah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian (BHRM)...sy stay kat DPP Proton..manakala bestfriend sy kat DPP TNB..actually Proton dgn TNB sebelah2 je tp nak jumpa bukan main susah lg...1st intake dak2 sem1 lebih dr 4000 org...so time kitaorang ade ceramah kat Dewan Mu'Adzam Syah (DMAS) dah mcm g tgk AJL...ramai sangat2 orang...



nasib baik time ni duduk atas..so dapatlah tengok keseluruhan pelajar sem 1 yang baru daftar nie...time ni ada akur janji dengan UUM..so pelajar perempuan dibekalkan dengan pashmina bewarna hijau kebiruan...manakala pelajar Islam diminta memakai baju melayu bewarna hitam..dan yang bukan Islam pakai kemeja bewarna putih...